Siapakah Zamir Selamat?
Zamir Selamat merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur yang pernah beraksi bersama skuad Harimau Muda Bawah 21 tahun. Sekarang beliau merupakan salah seorang penjaga gol untuk KL City FC. Zamir Selamat telah dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa buah kelab bagi mengisi kekosongan selaku penjaga gol utama.
Antara pasukan yang dikatakan berminat untuk mendapatkan Zamir Selamat adalah Penang FC dan Sri Pahang FC. Kedua-dua pasukan mencari pengganti setelah penjaga gawang mereka telah berhijrah ke pasukan lain. Perkara ini mampu memberi peluang kepada Zamir Selamat untuk beraksi dalam kesebelasan utama selaku benteng terakhir pasukan seperti beliau impikan.
Zamir bermula karier bola sepaknya bersama pasukan Harimau Muda dari tahun 2008 sehingga tahun 2012 berjaya membuat kemunculan sebanyak 48 penampilan. Seterusnya beliau mendapat tawaran daripada Johor Darul Takzim (JDT) pada tahun berikutnya tetapi hanya berjaya diturunkan sebanyak 17 perlawanan sahaja.
Pada tahun 2015, merupakan tahun yang agak malang bagi Zamir Selamat setelah ditimpa kecederaan yang serius iaitu “Anterior Cruciate Ligament” (ACL). Setelah ditimpa kecederaan yang serius Zamir Selamat perlu berehat panjang supaya beliau dapat beraksi kembali. Setelah sekian lama berehat, Zamir Kembali beraksi di dalam kancah Liga Malaysia apabila berjaya ditandatangani oleh PKNS Ketika itu.
Semasa berada di PKNS, Zamir Selamat beraksi begitu konsisten selaku penjaga gol utama dengan berjaya melakukan kemunculan sebanyak 11 perlawanan. Pada tahun hadapannya Zamir dilamar oleh Melaka United dalam membentuk skuad yang ampuh untuk saingan Liga Super. Tapi tidak berjodoh lama Zamir Selamat keluar mencari pasukan baru pada tahun 2019 bersama pasukan Batu Dua FC.
Batu Dua FC yang beraksi di Liga M3 bukanlah suatu cabaran buat Zamir Selamat apabila beliau beraksi dengan baik sehingga menarik beberapa perhatian pasukan pada masa itu seperti Penang dan Kuala Lumpur. Untuk musim 2021 beliau beraksi selaku penjaga utama KL City FC setelah berhijrah ke kelab baru ini. Beliau turun dalam kesemua perlawanan Liga Super dan dinobatkan antara 10 penjaga gol terbaik tahun itu.
Pada musim berikutnya dengan kehadiran penjaga gol baru ke dalam skuad KL City FC iaitu Kevin Mendoza persaingan untuk Zamir Selamat menembusi kesebelasan utama tampak sukar jadi beliau dipinjamkan ke UITM FC pada tahun 2021 selama semusim.
Dengan mempunyai pengalaman yang luas dalam kancah bola sepak negara Zamir Selamat sedang diintai oleh beberapa pasukan bagi menghadapi saingan liga musim hadapan. Kemanakah hala tuju Zamir Selamat mari sama-sama kita saksikan bola sepak Liga Malaysia pada musim hadapan.