Anumanthan Kumar tak sabar hadap puluhan ribu penyokong Malaysia di SNBJ, akui ‘derby’ Malaysia-Singapura sentiasa besar

1,305

Pemain Singapura, Anumanthan Kumar tidak sabar untuk turun beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong Harimau Malaya dalam perlawanan kumpulan B Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) esok.

Menurutnya, para pemain teruja untuk beraksi pada perlawanan itu dan sudah bersedia dari segi mental untuk menghadapi tekanan dari penyokong lawan.


“Semua pemain sudah teruja untuk perlawanan esok, ia satu perlawanan yang penting dan kami tak sabar bermain di hadapan penyokong yang ramai.

Esok akan jadi perlawanan yang besar dan sukar, Malaysia mahukan tiga mata dan kedua-dua negara memang sentiasa bersaing daripada dulu lagi,”

katanya.

Menurutnya, beliau merasakan pasukan Singapura semakin baik dari satu perlawanan ke satu perlawanan terutama dari segi bertahan.

Katanya, mereka semakin baik dari segi persefahaman antara pemain dan lebih memahami konsep yang ingin diterapkan jurulatih.

“Sebagi satu pasukan, kami kini mempunyai persefahaman yang lebih baik dan semua pemain bertahan dengan lebih pasukan.

Kami juga lebih memahami konsep yang mahu diterapkan oleh jurulatih dan dari segi gaya permainan juga lebih baik.”

Perlawanan antara Malaysia dan Singapura akan berlangsung di SNBJ pada pukul 8.30 malam esok.

Malaysia mempunyai misi wajib menang bagi melayakkan diri ke peringkat separuh akhir kerana kini di belakang Vietnam dan Singapura dalam kumpulan B.