Takayuki Nishigaya akui sukar bermain di hadapan lebih 65,000 penyokong di SNBJ

15,545

Ketua jurulatih Singapura, Takayuki Nishigaya tetap berbangga dengan persembahan para pemainnya dalam kempen Piala AFF kali ini walaupun tersingkir pada peringkat kumpulan.

Menurutnya, para pemainnya telah menyerlahkan seluruh potensi yang mereka ada dan menyatakan mereka mempunyai potensi yang besar untuk pergi lebih jauh.


“Sudah tentu saya kecewa tetapi pemain saya sudah serlahkan potensi yang mereka ada dengan suasana yang sukar bermain di hadapan lebih 65,000 penyokong lawan.

Pasti ada ruang untuk peningkatan dan banyak perkara untuk diperbaiki tetapi saya lihat mereka memiliki potensi yang besar,”

katanya.

Menurutnya, beliau sudah melakukan semampu yang boleh dan cuba melakukan serangan ke atas kubu Malaysia tetapi tidak berjaya.

Katanya, beliau akan memastikan pasukan ini terus meningkat selepas ini dari semua segi termasuklah serangan dan pertahanan.

“Pada separuh masa pertama kami cuba beri tekanan kepada mereka tetapi tidak menjadi, dan kami cuba ubah corak pertahanan tetapi tidak berjaya.

Kami telah cuba semampu yang boleh, selepas ini kami akan terus memperbaiki pasukan.”

Sementara itu, beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia dan Vietnam yang berjaya mara ke separuh akhir dari kumpulan B.

Singapura terlepas tempat ke separuh akhir selepas sekadar menduduki tangga ketiga dengan tujuh mata, di belakang Vietnam dan Malaysia masing-masing dengan 10 dan sembilan mata.