Ketiadaan Ikhsan dan Ilhan mungkin sebabkan semangat berjuang itu lain sikit – Irfan Fandi

3,962

Pertahanan Singapura, Irfan Fandi mengakui ketiadaan dua adiknya, Ikhsan dan Ilhan sedikit sebanyak mempengaruhi semangat pasukan pada perlawanan menentang Malaysia.

Menurutnya, mereka telah memberikan segala-galanya tetapi malangnya ia tidak mencukupi untuk menundukkan Malaysia.


“Ketiadaan mereka mungkin semangat berjuang itu berlainan sedikit, Ikhsan adalah kunci kami dan pemian penting.

Memang benar beliau pemain yang bagus tetapi saya rasa  apa yang kami lakukan tidak mencukupi,”

katanya.

Menurutnya, mereka memberikan ruang terlalu banyak kepada Malaysia menyebabkan mereka dihukum dengan empat gol.

Beliau mengakui perlawanan berkenaan adalah sukar dan keputusan itu ibarat seolah-olah mereka tidak memberikan yang terbaik.

“Ia satu perlawanan yang sukar, rasa seperti kami tidak berikan yang terbaik, kami berikan mereka ruang dan kami dihukum disebabkan itu.

Kami dah berusaha tapi malangnya tak berjaya, saya rasa kami boleh berikan lebih lagi.”

Tambahnya, sekarang adalah masanya untuk melupakan kekecewaan kempen kali ini dan fokus untuk memperbaiki pasukan bagi kejohanan akan datang.

Dalam pada itu, beliau berkata tidak pernah mendengar khabar angin bahawa beliau akan mengikut jejak ayahnya, Fandi Ahmad bermain di Liga Malaysia.