Kalau nak tahu siapa lebih hebat antara Sasalak dan Safawi, nantikan esok – Sasalak Haiprakhon

3,878

Pertahanan Thailand, Sasalak Haiprakhon teruja untuk berdepan cabaran pemain sayap Malaysia, Safawi Rasid apabila kedua-duanya bertemu pada perlawanan separuh akhir Piala AFF esok.

Menurutnya, Safawi adalah seorang pemain yang hebat tetapi beliau sentiasa bersedia untuk menjaga kawasannya.


“Bagi saya Safawi adalah seorang pemain yang hebat, perlawanan esok bukanlah antara saya dan Safawi satu pasukan akan menentukan keputusan esok.

Tetapi jika anda mahu lihat siapa lebih hebat antara Sasalak dan Safawi, tunggu saja esok,”

katanya.

Beliau menjangkakan perlawanan yang sukar menentang Malaysia esok dengan penyokong yang hebat di stadium.

Beliau berkata, Malaysia adalah satu pasukan yang baik dengan pemain yang baik jadi ia akan menjadi cabaran buat mereka.

“Saya pernah menentang Malaysia sebelum ini, tidak mudah untuk berlawan mereka tetapi kami yakin dan kamu dapatkan keputusan yang baik.

Kami juga ada penyokong yang akan hadir dari Thailand untuk memberi semangat jadi ia pasti membantu.”

Perlawanan antara Malaysia dan Thailand akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil esok pada pukul 8.30 malam.

Separuh akhir kedua pula akan berlangsung di Stadium Thammasat pada 10 Januari ini.