Wang ganjaran bukan ukuran, semangat patriotisme bawa Vietnam ke pentas akhir!

285

Biarpun menerima wang ganjaran sebanyak 2 Juta VND (RM 373.06) daripada kerajaan, namun ianya tidak boleh dianggap sebagai kayu pengukur buat anak buah kendalian ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo.

Duit yang mereka terima itu hanyalah sebagai ganjaran yang mereka berhak dapat selepas beraksi dengan cemerlang dalam kesemua perlawanan yang mereka tempuh.


Semangat patriotisme yang dipamerkan oleh setiap pemain Vietnam patut diberi perhatian kerana berbekalkan semangat itu mereka mampu mara ke perlawanan akhir.

Perjalanan serta persembahan mereka sepanjang kempen Piala AFF ini wajar diberi pujian dan patut diambil contoh oleh setiap pasukan yang bertanding termasuklah Malaysia.

Skuad Vietnam dibarisi dengan barisan terkuat mereka bagi mengharungi kempen Piala AFF kali ini dan hasilnya mereka berjaya ke peringkat akhir.

Rekod Vietnam sepanjang Piala AFF ini juga memberangsangkan di mana mereka tidak pernah bolos serta tewas mana-mana perlawanan.

Bukan sahaja mempunyai rekod ‘clean sheet’ yang baik, skuad Vietnam juga merupakan satu-satunya pasukan yang mempunyai jumlah jaringan yang tinggi iaitu 14 gol.

Selain itu, pemain yang berpangkalan di sebuah kelab Perancis iaitu Pau FC, Nguyen Quang Hai turut pulang untuk membantu rakan sepasukannya.

Itu telah cukup untuk membuktikan bahawa Hang-seo sememangnya serius ingin bawa pulang Piala AFF ke Vietnam buat kali ketiga.

Piala AFF kali ini menjadi kejohanan terakhir buat Hang-seo untuk pasukan Vietnam dan beliau sudah pasti ingin mengakhirinya dengan cemerlang.