Peminat Indonesia tabik Ultras Malaya, anggap mereka punca kekuatan Harimau Malaya

2,484

Meskipun berdepan pelbagai cabaran sepanjang kempen Piala AFF ini, skuad kebangsaan bawah kendalian ketua jurulatih, Kim Pan-gon wajar diberi pujian apabila mereka berjaya mara ke separuh akhir kejohanan ini.

Antara cabaran yang dihadapi oleh mereka ialah terdapat beberapa pemain yang menolak panggilan kebangsaan dan ada juga daripada mereka yang tidak hadir melapor diri untuk sesi latihan berpusat.


Selain itu, skuad kebangsaan turut di himpit dengan masalah kecedeeran di mana pemain seperti, Khuzaimi Piee cedera teruk di bahu ketika berhadapan dengan Myanmar.

Keputusan berat sebelah ‘pengadil’ juga turut menjadi persoalan dimana insiden kad merah Azam Azmi ketika perlawanan Malaysia menentang Vietnam serta gol yang dibatalakan menentang Thailand tidak memihak kepada mereka.

Namun, disebalik kesulitan yang mereka tempuhi, terdapat ‘hero’ yang tidak diendang serta pemain ke-12 skuad kebangsaan iaitu Ultras Malaya (UM) yang tidak putus memberi sokongan.

Semangat serta kesungguhan yang ditunujukkan oleh UM bukan sahaja dikagumi oleh rakyat Malaysia tetapi juga peminat di negara lawan iaitu Indonesia.

Antara pujian yang diberikan oleh peminat Indonesia kepada UM adalah mereka tidak penat berdiri dan menyanyi sepnuh hati sepanjang perlawanan berlangsung, sesuatu yang tidak dapat dilihat pada penyokong negara itu.

Mereka juga menyifatkan, punca Bukit Jalil mempunyai atmosfera yang begitu mengagumkan adalah disebabkan kehadiran UM yang memberi sokongan padu.

Ada juga yang menganggap UM merupakan tulang belakang yang cukup penting buat skuad kebangsaan, dan ‘musuh’ yang sukar buat pasukan lawan.

Namun, nampaknya penyokong Indonesia tidak melihat semangat UM kerana pasukan kebangsaan mereka sudah tumpas di tangan Vietnam.

Tidak keterlaluan jika dikatakan UM serta penyokong Malaysia yang lain adalah penyokong yang terbaik dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara.

Buktinya Malaysia mencatat rekod kehadiran tertinggi untuk peringkat kumpulan Piala AFF 2022 dengan seramai 65,147 kehadiran.

Jika bukan kerana ada pentas konsert Jay Chou yang menjadi penghalang, jumlah itu boleh dipintas ketika aksi separuh akhir menentang Thaliand.

Sekiranya, Malaysia melangkah ke final, pastinya sokongan padu UM dan seluruh penyokong Malaysia ditagih untuk misi ‘balas dendam’ terhadap pasukan itu, seterusnya membawa pulang Piala AFF ke bumi Malaysia buat kali kedua.