Laksanakan program skrin besar, insiatif Hannah Yeoh mendapat reaksi positif

478

Menteri Belia & Sukan, Hannah Yeoh dipuji kerana inisiatif beliau untuk membuat tayangan skrin besarbagi perlawanan separuh kedua Piala AFF 2022 telah mendapat reaksi positif orang ramai.

Dengan kerjasama pelbagai pihak, Hannah Yeoh berjaya menganjurkan 19 tayangan skrin besar di lokasi berbeza termasuk di Sabah dan Sarawak.


Kesemua siaran langsung perlawanan tersebut telah mencetuskan keterujuaan  peminat yang dapat menyaksikan perlawanan tersebut seperti berada dalam stadium.

Di semua lokasi tayangan skrin besar tersebut telah di banjiri oleh orang ramai untuk mereka menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Thailand yang mana skuad Harimau Malaya tumpas 3-0 (Aggregat 3-1) kepada tuan rumah.

Hannah Yeoh juga turut tidak melepaskan peluang apabila beliau sendiri turut turun di beberapa lokasi untuk beramah mesra bersama penonton.

Rata-rata penonton yang hadir nyata gembira dan mengucapkan terima kasih kepada Hannah Yeoh di laman sosial masing-masing.

Sebelum ini, beliau berjaya menyelesaikan beberapa masalah yang timbul sebelum dan ketika Piala AFF sedang berlangsung.

Antara isu yang dibangkitkan olehnya adalah mengenai harga tiket perlawanan skuad negara dan hasilnya harga tiket berjaya diturunkan.

Selain itu, beliau  dan  timbalannya turut turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi melakukan pemeriksaan keadaaan padang sebelum kempen Piala AFF bermula.

Di harap agar usaha seperti ini dapat diteruskan dan di perbanyakkan lagi di masa hadapan bagi memupuk semangat kesukanan serta perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.