Theerathon Bunmathan layak dipanggil hero, pamer aksi ‘fair play’ di luar padang

Satu insiden tegang telah berlaku di antara penyokong tuan rumah Thailand yang melakukan provokasi terhadap penyokong Malaysia iaitu Ultras Malaya selepas tamat perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF 2022 di Stadium Thammasat, Thailand semalam.
Walaupun perlawanan tersebut berpihak kepada Thailand yang berjaya menewaskan Malaysia 3-0 (agregat 3-1), namun sikap tidak profesional yang dipamerkan oleh segelintir penyokong tuan rumah itu nyata tidak menyenangkan kapten pasukan Gajah Perang, Theerathon Bunmathan.
Menyedari penyokong mereka melakukan provokasi, Theerathon pantas ke tempat duduk penyokong Thailand untuk meminta mereka hentikan sebarang provokasi terhadap penyokong pelawat.
Kapten Thai Theerathon minta penyokong Thailand bertenang dan tidak buat sebarang provokasi kepada penyokong Malaysia pic.twitter.com/dQ58Uq8GVb
— Pemain Ke-12 (@pemain_ke_12) January 10, 2023
Pemain berusia 32 tahun itu menyatakan provokasi bukanlah satu kebanggaan dan meminta penyokong untuk saling menghormati diantara satu sama lain.
Susulan kejadian itu, Ultras Malaya menyambut baik apa yang telah beliau lakukan dan secara langsung menghadiahkan lagu khas yang bertajuk ‘Sawadikap Hey Hey Hey Thailand’ sehingga nyanyian tersebut dikongsi di laman Twitter rasmi Piala AFF.
🇲🇾 Malaysia Fans 🤝 Thailand Players 🇹🇭#AFFMitsubishiElectricCup2022 |#BeTheGameChanger pic.twitter.com/NiBWViHV4d
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) January 10, 2023
Dilihat pemain-pemain Thailand diketuai oleh Theeraton Bunmathan bertepuk tangan menandakan mereka menghargai sokongan yang diberikan oleh penyokong Malaysia buat pasukan kebangsaan.
Ini membuktikan bahawa beliau adalah seorang kapten yang mempunyai jiwa ‘leadership’ di dalam dan di luar padang.
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) turut kagum dengan sikap profesional yang ditunjukkan penyokong Malaysia sehingga mereka juga turut berkongsi video itu dengan kapsyen ‘The Beautiful Game’.
The beautiful game ❤️
— FIFA (@FIFAcom) January 10, 2023
The Malaysia fans show their respect for the Thailand players after losing to them in the @affmecup 🤝#FootballUnitesTheWorldpic.twitter.com/36LrGJ3ITZ
Walaupun sebelum ini, Theerathon yang pernah bermain di J League itu membuat kenyataan panas di sidang media sebelum menentang Malaysia, tetapi beliau merupakan seorang pemain yang cukup profesional.
Beliau berpendapat bahawa budaya provokasi ini tidak perlu berlaku demi keharmonian sukan bola sepak.
Hal sedemikian menunjukkan bahawa penyokong perlu bijak dan menerapkan mentaliti kelas pertama serta menjunjung tinggi semangat kesukanan.