Tunjuk isyarat lucah, pujian FIFA tidak bermakna jika penyokong tunjuk sikap yang tidak profesional

1,635

Meskipun Ultras Malaya (UM) telah mendapat reaksi positif dan dipuji daripada pelbagai pihak, namun perbuatan segelintir penyokong telah mencemarkan nama baik mereka.

Nama UM sedang hangat diperkatakan termasuk Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan juga Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) yang kagum dengan sikap profesional yang ditunjukkan oleh UM.


Perbuatan mereka itu boleh mengakibatkan perspektif orang ramai walaupun hanya segelintir yang menjadi ‘parasit, bab kata pepatah ‘akibat nila setitik, rosak susu sebelanga’.

Setiap penyokong perlu menjaga etika serta sikap masing-masing agar nama baik penyokong Malaysia terjaga.

Terdahulu pada perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF yang membabitkan pasukan Malaysia menentang Thailand telah memperlihatkan tindakan segelintir penyokong menujukkan isyarat lucah dan tidak mencerminkan imej yang baik buat penyokong pasukan negara.

Kejadian seperti itu bukan pertama kali berlaku kerana sebelum ini terdapat juga beberapa insiden yang kurang enak terjadi ketika perlawanan melibatkan skuad Harimau Malaya dan nama UM turut terpalit sama.

Antara insiden yang membuatkan nama mereka terpalit sama adalah ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), di mana seorang indvidu membaling beberapa bekas air minuman ke arah penyokong.

Tindakan itu telah mengundang kecaman ramai serta menyifatkan perbuatan mereka itu sebagai sesuatu yang amat tidak matang.

Sebagai penyokong, mereka wajar bersikap profesional supaya dapat menajaga nama baik negara.

Budaya seperti vandalisme dan samseng sepatutnya dihapuskan kerana sukan bola sepak adalah untuk menyatukan peminat, bukan memecah belahkan sesama sendiri.