Bila LTK cakap tak perlukan pemain senior saya tahu masa di Perak FC sudah tamat – Indra Putra Mahayuddin

2,383

Pemain Kelantan United FC, Indra Putra Mahayuddin sedar dirinya sudah tidak diperlukan di Perak FC apabila Lim Teong Kim mengatakan beliau mahu menggunakan pemain muda.

Menurutnya, beliau tidak pernah terkilan dengan perkara itu dan menghormati pelan jurulatih serta kelab itu.


“Apabila saya lihat termubual beliau yang mengatakan beliau tidak memerlukan pemain senior dan mahu menggunakan pemain muda, saya tahu apa keinginan beliau dan saya tak pernah ambil hati.

Ia adalah perkara biasa dalam bola sepak, apabila jurulatih bertukar pastinya akan ada perubahan dalam kelab, dan kita harus terima apa sahaja keputusan,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Jelas Indra, beliau membuat keputusan untuk berhijrah ke Kelantan United kerana merasakan kelab berkenaan mempunyai perancangan yang baik dan matlamat yang besar.

Beliau berterima kasih kepada kelab itu kerana memberi kepercayaan kepada beliau dan berharap apa yang dirancang untuk musim depan menjadi kenyataan.

“Kelantan United adalah pasukan kecil tetapi bersemanagat besar untuk jadi pasukan yang disegani di liga super.

Sebelum ini saya pernah beraksi di negeri ini dan saya tahu bagaimana semangat penyokong di sini.”

Beliau berharap pengalaman yang dimilikinya mampu membantu pasukan dan juga pemain-pemain muda untuk meningkatkan tahap permainan mereka.

Indra berkata, beliau masih tidak tahu bila beliau akan menggantung but dan akan terus bermain selagi kudratnya diperlukan.