Gempak! Jutawan muda Azri Azerai bakal pemilik baru KL City FC!

9,504

TERKINI: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City, Stanley Bernard dan jutawan muda, Azri Azerai telah mengesahkan kepada Harimau Malaya bahawa kedua-dua pihak kini dalam perbincangan dan akan membuat pengumuman rasmi tidak lama lagi.

Saingan Liga Super 2023 bakal membuka tirainya tidak lama lagi dan juara Piala Malaysia 2021, KL City FC sedang rancak membuat persiapan termasuk membawa pemain baru seperti Caion, untuk menguatkan skuad.


Disebalik kejayaan KL City menjadi naib juara Piala AFC 2022, namun kelab itu pernah terpalit dengan isu kewangan dan merupakan antara kelab yang mempunyai bajet kecil.

Tetapi semuanya akan berubah apabila The City Boys akan mendapat pemilik baru yang merupakan jutawan muda, Azri Azerai.

Beberapa tweet yang dimuat naik di Twitter Azri telah memberi bayangan bahawa beliau dalam proses untuk mengambil alih sebuah kelab yang beraksi di Liga Super.

Pengambilalihan kelab itu dijangka akan selesai pada suku pertama atau sekitar bulan Mac ini.

“Kami sedang dalam proses untuk mengambil alih kelab bola sepak yang beraksi dalam liga utama di Malaysia.

Proses pengambilalihan dijangka selesai suku pertama.”

tulisnya.

Beliau dilihat kerap berkongsi foto di Instagram Story miliknya yang memaparkan foto pas bermusim dan beberapa lagi berkaitan dengan kelab ibu kota itu.

Azri merupakan anak kepada ahli perniagaan terkemuka tanah air, Datuk Seri Noor Azerai Ahmad.

Walaupun baru berusia 23 tahun, Azri merupakan Pengarah Eksekutif untuk syarikat Bintai Kinden Corp Bhd.

Selain Kintai, beliau juga dilantik sebagai ahli lembaga pengarah untuk tiga lagi syarikat yang disenarai di Bursa Malaysia.

Azri mempunyai kelulusan ijazah kepujian dalam kewangan, pelaburan dan risiko dari The London Institute of Banking & Finance.

Sekiranya Azri menjadi pemilik baru kelab itu, KL City dijangka mampu menjadi pencabar utama Liga Super musim ini berikutan mereka akan mempunyai kekuatan kewangan.

Sampai Mati Kuala Lumpur!