Pertembungan Ronaldo-Messi beri banyak faedah buat Al-Nassr

1,187

Al -Nassr bakal mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab gergasi eropah iaitu Paris Saint -Germain (PSG).

Perlawanan itu turut akan melibatkan dua pemain bintang dunia iaitu Cristiano Ronaldo (Al-Nassr) serta Lionel Messi (PSG).


Perseteruan antara mereka sudah pasti menjadi tarikan buat peminat di seluruh dunia sehingga ada seorang usahawan dari Arab Saudi sanggup membida tiket perlawanan dengan harga RM11.25 juta (AS$2.6 juta) dan beliau berjaya memenangi tiket itu.

Harga sekeping tiket itu disifatkan sebagai gila kerana harganya telah melebihi peruntukan untuk sebuah pasukan yang beraksi di Liga Super Malaysia.

Bukan itu sahaja, harga tiket itu berkemungkinan akan memegang rekod sebagai harga tiket paling mahal dan rekod tersebut mungkin bertahan lebih dari sedekad.

Perlawanan tersebut bakal menampilkan pemain terbaik PSG yang akan dibarisi oleh Messi berdepan dengan skuad pilihan kelab baharu Ronaldo, Al-Nassr dan seterunya Al-Hilal.

Dalam pada itu, perlawanan ini sudah pasti akan memberi banyak faedah dan kelebihan buat Al-Nassr kerana ianya menjadi tumpuan peminat bola sepak di seluruh dunia.

Tiket perlawanan ini juga sudah habis terjual dan ianya akan diadakan di King Fahad Stadium yang mempunyai kapasiti tempat duduk sebanyak 68,752.

Dengan harga tiket yang terlampau tinggi dan habis terjual, Al-Nassr sudah pasti dapat menjana jutaan ringgit daripada hasil penjualan tiket sahaja, sekaligus membuktikan pelaburan besar mereka membawa masuk bintang Portugal itu membuahkan hasil.

Selain harga tiket yang tidak masuk akal, kelab berpengkalan di Arab Saudi itu juga akan menjana keuntungan puluhan juta menerusi hak penyiaran perlawanan tumpuan itu.

Tindakan yang dilakukan oleh Al-Nassr ini amatlah bijak kerana bukan sahaja dapat mengumpul dua pemain terbaik dunia tetapi dapat menjana wang untuk kelab dan ianya merupakan satu pelaburan yang bijak buat mereka.

Terdahulu, Ronaldo telah mengejutkan dunia apabila beliau telah menyertai Al-Nassr dengan kontrak mega yang bernilai RM2.33 bilion selama dua tahun setengah.

Sususlan itu, jumlah pengikut laman sosial mereka telah meningkat dari 85,000 pengikut kepada 11.8 juta pengikut.

Penghijrahan pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or itu ke Saudi Pro League sudah pasti akan menarik minat pemain-pemain bintang dunia lain untuk beraksi di liga tersebut atau liga-liga di negara Asia Barat dek tawaran gaji lumayan.