El Pescao bersama TSG

325

Hafizh Syahrin nama yang tidak asing lagi bagi dunia permotoran tanah air apabila menjadi anak tempatan pertama untuk beraksi di peringkat tertinggi sukan permotoran iaitu MotoGP. Hafizh yang juga digelar El Pescao mula beraksi di MotoGP pada tahun 2018 tetapi malangnya tahun ini merupakan tahun terakhirnya beraksi bagi kategori Moto2.

Jelas Hafizh faktor kewangan menjadi salah satu sebab kenapa beliau terpaksa berhijrah dari MotoGP kerana peserta harus mengeluarkan dana sendiri bagi tujuan perbelanjaan dimana setiap kos menelan ribuan ringgit.


Setelah mengalami musim yang suram pada 2021, Hafizh Syahrin tidak menyangka bahawa beliau ditawarkan oleh sebuah pasukan dari Jepun iaitu MIE Honda Racing untuk beraksi dalam Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) pada musim hadapan. El Pescao tidak sabar untuk menyertai kejohanan yang akan berlangsung pada April hadapan bermula di Litar Aragon, Sepanyol.

Setelah mengetahui jadual yang bakal berlangsung, Hafizh sedang melakukan beberapa persiapan bagi meningkatkan prestasinya menjelang kejohanan yang akan bermula tidak lama lagi. Sekarang Hafizh Syahrin sedang berlatih bersama pasukan berbasikal profesional iaitu Terengganu Cycling Team (TSG) sebagai persediaan dari segi kecergasan kerana Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) perlu mempunyai mental yang kuat untuk bersaing bersama pelumba yang lain.

Sumber Foto : Hafizh Syahrin

Selain itu, persediaan dari segi fizikal juga sebenarnya diperlukan bagi mengawal jentera dari terbalik semasa di kelajuan tinggi mahupun semasa di jalan berselekoh. Beliau juga telah menjadi rakan “sparring” untuk pelumba berbasikal lebuhraya negara iaitu Harrif Salleh.

Sumber Foto : Terengganu Cycling team (TSG)

Terengganu Cycling Team (TSG) juga amat mengalukan kehadiran Hafizh menjadi rakan seperlatih menjelang kejohanan Malaysia National Road Championships 2021 yang berlangsung di Bukit Katil, Melaka. Justeru Hafizh Syahrin berharap beliau dapat mempersiapkan diri supaya berada di prestasi terbaik untuk perlumbaan sebenar Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) yang disertai buat pertama kali.