Jika atlet profesional tidak mempamerkan aksi konsisten, adakah mereka layak untuk berada di program Gold Paris 2024?

138

Atlet profesional yang bakal dipilih di bawah program Gold Paris 2024 seharusnya memberi persembahan atau aksi yang konsisten untuk membuktikan yang mereka benar-benar layak untuk berada dalam program tersebut.

Benar apa yang dikatakan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail bahawa semua atlet yang berpotensi untuk sumbang pingat samada profesional atau bernaung di bawah persatuan masing-masing wajar diberi peluang untuk berada dalam program itu tetapi persembahan mereka perlu dinilai terlebih.


Atlet-atlet profesional perlu menghasilkan keputusan yang baik serta konsisten sepanjang tempoh kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 untuk membuktikan yang pemilihan mereka merupakan pemilihan yang tepat.

Jika mereka tidak mampu berbuat demikian, MSN perlu memilih atlet yang benar-benar layak sahaja agar pelaburan yang dilakukan itu akan membuahkan hasil.

Sebagai contoh, sukan badminton di mana altet badminton profesional Lee Zii Jia sudahpun mengesahkan tempatnya dalam program Gold Paris 2024, namun pretasi semasa beliau menunjukkan perkara yang sebaliknya.

Zii Jia kini menghuni ranking kedua dunia bagi acara perseorangan lelaki.

Selain itu, nama yang turut menjadi siulan peminat sukan ialah pemain beregu campuran yang kini berkedudukan di ranking ketujuh dunia iaitu Goh Soon Huat-Shevon Jamie Lai di mana mereka merasakan pasangan ini juga patut berada dalam program itu.

Tetapi persembahan semasa Soon Huat-Shevon juga tidak menujukkan persembahan yang sepatutnya.

Jadi perkara-perkara seperti itu perlu diambil kira oleh MSN kerana atlet perlu beri persembahan yang konsisten untuk mereka berada dalam program tersebut.

Terdahulu, Zii Jia telah kandas awal di Terbuka Malaysia yang mana beliau telah tewas di tangan bintang sedang meningkat naik dari Jepun iaitu Kodai Naraoka dengan keputusan 13-21 21-17 21-19.

Bekas juara All England 2021 itu juga turut terkandas awal di saingan Terbuka India apabila tewas di tangan pemain muda dari China iaitu Li Shifeng dengan keputusan 21-11 14-21 21-18.

Manakala bagi pasangan beregu campuran Soon Huat-Shevon, mereka juga kandas di pusingan awal di Terbuka Malaysia apabila mereka tewas ditangan juara dunia tiga kali dari China iaitu Zheng Siwei-Huang Yaqiong dengan keputusan 21-16 21-10.

Bagi saingan Terbuka India pula, mereka turut tewas kepada pasangan yang sama di pusingan pertama dengan keputusan 21-11 21-7 sekaligus melebarkan rekod pertemuan dengan pemain Tembok Besar China itu kepada 10-0.

Namun, para peminat sukan negara amat yakin Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria akan membuat pilihan yang tepat untuk memilih atlet yang benar-benar layak untuk berada di program Paris Gold 2024.

Diharap atlet-atlet profesional yang bersaing untuk berada di program ini perlu memberi jaminan yang mereka benar-benar layak dengan mempamerkan aksi yang terbaik serta konsisten.