Kad putih pertama dalam sejarah dilayangkan dalam perlawanan bola sepak

1,463

Peminat bola sepak di seluruh dunia sudah semestinya sinonim dengan layangan kad kuning dan kad merah, namun sekiranya pengadil melayangkan kad putih pastinya akan membuatkan peminat tercegang.

Situasi layangan kad putih telah berlaku buat pertama kali dalam perlawanan bola sepak wanita di Portugal membabitkan Benfica menentang Sporting Lisbon baru-baru ini.


Pengadil telah melayangkan kad itu di kawasan bangku simpnana kedua-dua pasukan pada penghujung separuh masa pertama membuatkan ramai peminat yang hadir ke stadium tergamam seketika.

Bagi yang tidak mengetahui mengenai kad putih, ia adalah satu inisiatif yang baru diperkenalkan bukan untuk menghukum pemain tetapi sebagai pujian kepada pemain dan pasukan yang menunjukkan sikap kesukanan tinggi atau fair-play ketika perlawanan.

Layangan kad putih yang diberikan oleh pengadil kepada kedua-dua pasukan selepas pasukan medik kedua-dua pasukan bekerjasama merawat salah seorang pemain yang mengalami kecederaan.

Tindakan itu nyata membuktikan kedua-dua pasukan mempunyai semangat kesukanan yang cukup tinggi dan perlu dihargai.

Susulan layangan kad putih tersebut, seluruh peminat di stadium telah memberi tepukan gemuruh kepada kedua-dua pasukan sebagai tanda penghargaan.

Malangnya, penggunaan kad putih hanya akan berlaku di Portugal sahaja buat masa ini.

Adakah kita akan melihat penggunaan kad putih akan diguna pakai dalam perlawanan bola sepak lelaki selepas ini? Sama-sama kita tunggu.