Terengganu FC ‘copy’ jersi terburuk AC Milan musim lepas

2,091

Nampaknya jersi pra-musim Terengganu FC telah mendapat perhatian media antarabangsa apabila jersi tersebut didakwa sebagai jersi copycat versi kit edisi istimewa AC Milan Puma x Nemen musim lalu.

Walaupun ramai peminat Terengganu memuji corak dan rekaan jersi yang dianggap sebagai menarik dan ‘segar’, namun jersi AC Milan keluaran Puma yang berkolaborasi dengan jenama fesyen Nemen dianggap sebagai jersi terburuk mereka.


Sumber foto: Nemen

Melihat kepada kedua-dua rekaan tersebut, tidak dapat dinafikan rekaan jersi pra-musim Sang Penyu hampir sama dengan apa yang berbeza adalah belang merah digantikan dengan turquoise.

Bagaimanapun kedua-dua jersi ini adalah dari dua jenama berbeza dengan AC Milan menggunakan jenama Puma, manakala Terengganu pula menggunakan jenama Umbro.

Bukan sahaja rekaan dikatakan meniru rekaan jersi pasukan lain, tetapi  font nombor jersi juga didakwa sama dengan font nombor jersi yang digunakan oleh Chelsea pada musim 2019-2020.

Sumber foto: TFC FC

Adakah Puma akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Umbro kerana memperkenalkan jersi dengan rekaan hampir sama dengan rekaan mereka? Atau pihak Umbro sudah pun mendapat kebenaran untuk menggunakan rekaan sama?

Apa pun jika dibandingkan antara jersi AC Milan dan Terengganu, jersi dari Pantai Timur itu tampak lebih menarik jika hendak dibandingkan dengan jersi rekaan asal.

Dalam pada itu, saingan Liga Super 2023 bakal membuka tirainya tidak lama lagi dan apabila sebelum musim bermula sudah pastinya perkara paling dinanti-nantikan peminat adalah pelancaran jersi pasukan kesayangan mereka untuk musim baru.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jersi pasukan di Liga Malaysia majoritinya tidak lagi menggunakan rekaan template, sebaliknya jersi yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri atau elemen kelab itu sendiri.

Jadi pasukan manakah yang akan tampil dengan jersi paling cantik untuk musim ini? Sama-sama kita tunggu.