Dion Cools tak tunggu lama cipta nama di Thailand apabila tersenarai dalam ‘Thai League 1’s Team of the Week’

1,181

Nama pemain pertahanan Malaysia, Dion Cools sememangnya menjadi perhatian peminat bola sepak tanah air sejak kali pertama beliau menyarung jersi kebangsaan Malaysia pada 3 Jun 2021.

Cools yang bermain di Eropah dikatakan bakal pulang ke Malaysia untuk menyarung jersi kelab gergasi Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk musim ini, tetapi sebaliknya berlaku apabila beliau berhijrah ke negara jiran iaitu Thailand untuk bermain bersama kelab gergasi Buriram United.


Beliau membuat penampilan bersama kelab itu dalam perlawanan Asean Charity Sheild 2023 yang menyaksikan pasukannya berjaya membelasah Kelantan FC 7-0 di mana beliau berjaya menyumbang satu bantuan gol.

Kapten skuad Harimau Malaya ini juga tidak menunggu lama untuk mencipta nama di Thai League 1 apabila beliau telah disenaraikan dalam ‘Thai League 1’s Team of the Week’ selepas beliau membantu pasukannya menang 3-0 ke atas Sukhothai FC semalam.

Beliau juga diturunkan dalam kesebelasan utama dan bermain sepenuh masa.

Dengan prestasi konsisten yang dipamerkan oleh Cools, beliau dijangka mampu menjadi tonggak utama Buriram untuk musim ini, sekaligus menjadi pemain pertahanan terbaik di Thai League 1 pada penghujung musim.

Selain liga domestik, Cools juga akan bersaing di pentas tertinggi Asia iaitu AFC Champions League (ACL).

Cools dijangka akan terus kekal di sana sehingga kontraknya tamat pada Mei 2024.

Penghijrahan beliau ke Thailand juga memberi kelebihan buat ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon untuk memanggilnya untuk kem latihan berpusat Harimau Malaya berikutan skuad negara akan membuat persiapan menjelang Piala Asia 2023.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen