Adam Hamid kini beraksi untuk FK Alfa Modrica di Prva Liga RS

695

Pemain muda Adam Hamid kini sah akan beraksi bersama kelab baru FK Alfa Modrica yang akan bersaing dalam divisyen dua Prva Liga RS di Bosnia and Herzegovina.

Perpindahan Adam ke Alfa Modrica dikongsi oleh beliau apabila memuat naik video pendek foto di laman sosial Instagram miliknya apabila hadir untuk sesi latihan pertama pra-musim.


Terdahulu, Adam bermain untuk kelab NK Zvijezda Gradacac yang turut berpengkalan di negara sama, sekaligus memudahkan pemain itu untuk menyesuaikan diri dengan gaya permainan bola sepak di sana dan cuaca.

Berdasarkan semakan di laman sesawang transfermarkt, pemain berusia 21 tahun itu telah menandatangani kontrak sehingga Jun 2023.

Adam memulakan karier bola sepaknya di England apabila menyertai sebuah akademi di sana selama empat tahun sebelum berhijrah ke Australia untuk beraksi bersama Perth Glory.

Sumber foto: Adam Hamid IG

Beliau kemudian terbang ke Serbia untuk menyarung jersi Red Star Belgrade dan FK IMT, sebelum ke NK Zvijezda Gradacac.

Sebelum ini, ketika temubual eksklusif bersama Harimau Malaya, Adam memberitahu beliau akan terus kekal bermain di Eropah sehingga usianya mencecah 30-31 tahun sebelum pulang untuk bermain di Liga Malaysia.

Untuk memastikanya beliau terus kekal di Eropah, Adam menyasarkan untuk berhijrah ke Portugal atau pun Itali untuk terus melebarkan sayapnya.

Sumber foto: Adam Hamid IG

Pada masa sama turut meluahkan hasratnya untuk menyarung jersi Harimau Malaya satu hari nanti, namun mahu mencipta nama di Eropah terlebih dahulu sebelum pulang membantu pasukan kebangsaan.

Tahniah diucapkan kepada Adam atas perpindahan ke kelab baru. Semoga beliau mampu merebut tempat dalam skuad dan menjadi tonggak utama.

Dalam bola sepak tiada apa yang mustahil kerana kerja keras pasti akan dibalas dengan kejayaan.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen