Kami mahu buktikan kepada Selangor kemampuan kami, itu motivasi juarai Piala Malaysia 2003 – Aiman Firdaus Tan

1,027

Tahun 2003 merupakan satu tahun yang amat mengejutkan buat peminat bola sepak tempatan kerana tiada sesiapa yang menjangkakan sebuah kelab kecil iaitu MPPJ FC berjaya menjuarai Piala Malaysia mengetepikan pasukan gergasi lain.

Kejayaan itu menyaksikan mereka menjadi pasukan berstatus kelab pertama yang menjuarai kejohanan tersebut.


Salah seorang pemain daripada skuad tersebut, Aiman Firdaus Tan berkongsi pengalamannya ketika mencipta ‘keajaiban’ bersama pasukan itu.

Katanya, mereka sendiri langsung tidak menyangka mampu mencipta kejayaan seperti itu walaupun dibarisi pemain yang tidak terkenal.

“Tahun itu memang ramai tidak percaya dengan kami kerana pemain kami pun ‘pemain buangan’ saja.

Saya rasa rahsianya adalah keikhlasan kami untuk bermain ketika itu, bukan kerana gaji semata-mata, semua pemain bermain bersungguh-sungguh, pemain import kami ketika itu pun memang beraksi dengan hebat,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Tambahnya, ketika itu ramai pemain juga mahu membuktikan kepada pasukan Selangor kemampuan mereka, memandangkan sebahagian besar daripada skuad itu merupakan pemain yang ‘tersisih’ daripada pasukan Selangor.

Pada peringkat awal, mereka hanya menyasarkan untuk layak ke Piala Malaysia supaya dana untuk pembayaran gaji mereka terjamin.

“Ketika itu pasukan kita ramai bekas pemain Selangor jadi itu menjadi salah satu motivasi kami sehingga sampai ke perlawanan akhir.

Masa lawan Selangor pun kita dapat lihat suasana begitu tegang, dengan berlaku pergaduhan antara kedua-dua pasukan.”

Dalam pada itu, beliau turut memberi kredit kepada ketua jurulatih pasukan ketika itu, Datuk Dollah Salleh yang berjaya membawa mereka menjadi juara.

Beliau berkata, walaupun pihak pengurusan mempunyai masalah, mereka tetap berjuang habis-habisan demi Dollah yang disifatkan sebagai seorang jurulatih yang senang didekati.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen