Pemain Filipina jadi rebutan pasukan di Liga Malaysia

539

Beberapa tahun kebelakangan ini pemain dari negara Filipina menjadi ‘barang panas’ apabila banyak pasukan-pasukan di Liga Malaysia sejak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perkenal kuota import pemain ASEAN (Asia Tenggara) di samping empat pemain import lain.

Ketika diperkenal pada tahun 2017 hanya dua pasukan yang menggunakan dua pasukannya yang menggunakan khidmat pemain Filipina iaitu Sarawak mengambil Mark Hartmann dan Melaka United FC pula Omid Nazari. Omid sebenarnya menandatangani kontrak bersama Melaka United FC pada November 2016, namun akibat masalah kesihatan kontraknya ditamatkan pada Januari 2017.


Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pula mula menggunakan khidmat import dari negara itu pada 2018 apabila membawa masuk Alvaro Silva. Negeri Sembilan FC dan Felda United FC turut mengikut jejak langkah yang sama dengan mengambil Angel Guirado lain Ramsay.

Pada 2019 pula Melaka United FC sekali lagi membawa masuk pemain dari Filipina iaitu Patrick Reichelt yang mana beliau berjaya menjaringkan 12 gol dari 28 penampilan. KL City FC turut menggunakan pemain import dari Filipina iaitu Luke Woodland yang mana beliau sempat membuat 16 penampilan dengan menjaringkan dua gol untuk. Manakala Joshua Grommen yang beraksi untuk PJ City FC pula tidak mendapat perhatian jurulatih apabila beliau hanya diturunkan sebanyak lapan kali sebelum bermain untuk sebuah kelab di Liga 2 Thailand.

PKNP FC juga tidak turut tidak terlepas apabila berjaya mendapatkan pemain Amani Aguinaldo yang dipinjamkan oleh kelab Ceres-Negros. Amani merupakan watak penting juga untuk skuad PKNP FC. Bagaimanapun PKNP FC tidak dapat bertahan lama apabila pasukan itu kini dikenali sebagai ‘feeder club’ kepada pasukan utama Perak FC.

Pada tahun 2020 peminat KDA FC agak teruja apabila pihak pengurusan mengambil keputusan untuk membawa masuk pemain tengah Amin Nazari yang ketika itu dalam prestasi baik semasa bersama kelab Ratchaburi Mitr Phol. Bagaimanapun Amin tidak dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan KDA FC dan akhirnya dilepaskan selepas membuat lapan penampilan.

Adam Michael Reed pula mula bermain untuk pasukan Pahang dan hanya sempat bermain sebanyak 11 kali dengan satu jaringan sebelum berhijrah ke UiTM FC untuk musim 2021. Namun perpindahannya ke UiTM tidak bertahan lama apabila dia pulang ke negaranya untuk bermain bersama pasukan United City.

Pada musim 2021 pula lain ceritanya apabila pemain Filipina seperti Manuel Ott (Melaka United FC),  Carli de Murga (Terengganu) dan Kevin Mendoza ( KL City FC) menjadi perhatian ramai apabila ketiga-tiga pemain ini merupakan tonggak utama untuk pasukan mereka.

Untuk musim 2022, bekas pemain KL City FC iaitu Luke Woodland bakal kembali ke Liga Super apabila dikhabarkan Terengganu FC berminat untuk mendapatkannya. Pemain berusia 26 tahun itu ketika ini bersama pasukan Ratchaburi telah menjaringkan satu gol dalam 11 penampilannya.

Dijangka lebih banyak pasukan Liga Malaysia akan mencari pemain-pemain daripada Filipina untuk musim 2022 ini terutamanya selepas melihat persembahan menarik sepanjang saingan Piala AFF 2020 baru-baru ini walaupun kandas di peringkat kumpulan.