Lepas ramai selebriti sertai Ironman, sekarang makin ramai yang berminat sama – Mohd Firdaus

221

Atelt Ironman negara, Mohd Firdaus Mohd Sahir menganggap sukan itu kini semakin popular di negara ini dibantu oleh penglibatan artis terkemuka seperti Alif Satar.

Katanya, berbanding ketika beliau mula menceburi sukan itu pada 2016, kini orang ramai lebih mengenali tentang Ironman, dan semakin ramai yang mula melibatkan diri dengan sukan larian.


“Ironman sekarang ini saya lihat berbeza dari tahun saya sertai iaitu pada 2016, di mana ketika itu tidak ramai pun.

Apabila semakin ramai selebriti mula sertai Ironman, seperti Alif Satar, beliau memberi inspirasi kepada orang lain untuk turut mencuba,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau berkata, kerajaan juga boleh turut sama memberi sokongan kepada Ironman dengan memperbanyakkan lagi kesedaran kepada orang ramai mengenai gaya hidup sihat.

Katanya, selepas musim Covid-19, ramai orang yang semakin berminat untuk mencuba sukan larian.

Sementara itu, beliau yang baru menandatangani kontrak sebagai duta jenama pakaian sukan Indonesia, Ortuseight bersyukur diberi kepercayaan untuk menjadi salah seorang atlet yang memperkenalkan jenama itu kepada peminat sukan di Malaysia.

“Kita lihat jenama ini memang berpatutan dengan kualiti yang tinggi, selalunya kasut lari boleh mencecah RM600, tetapi Ortuseight menawarkan separuh daripada harga itu.

Apabila ada produk berkuliti seperti ini dengan harga mampu milik, lebih ramai orang akan berminat untuk bersukan.”

Selain daripada Firdaus, pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim dan pemain futsal Selangor Mac, Fariq Muhd turut dilantik sebagai duta jenama itu untuk pasaran Malaysia.