Azizulhasni Awang gondol Anugerah Olahragawan Kebangsaan buat kali ke-5

462

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang sekali lagi berjaya menggondol Anugerah Olahragawan Kebangsaan untuk Anugerah Sukan Negara 2021 (ASN 2021).

Kemenangan itu telah menyaksikan beliau berjaya menggondol anugerah itu sebanyak lima kali iaitu pada tahun 2009,2010,2017, 2019/2020 dan 2021.


Ini merupakan satu kejayaan yang sangat menakjubkan untuk seorang atlet apabila berjaya menerima penghormatan sedemikian sebanyak lima kali dan ia bukan perkara mudah untuk dilakukan.

Azizul yang diberi jolokan ‘The Pocket Rocketman’ itu sememangnya layak menerima anugerah tersebut kerana beliau sudah banyak berbakti kepada negara dalam sukan berbasikal trek.

Beliau juga dapat membuktikan yang beliau mampu bersaing dengan pelumba-pelumba dari negara Eropah meskipun mempunyai fizikal yang kecil berbanding lawannya.

Antara kejayaan yang Azizul yang pernah dikecapinya ialah ketika muncul juara dunia bagi acara keirin pada 2017 serta berjaya membawa pulang pingat perak dan gangsa pada temasya Olimpik Tokyo 2020 dan Olimpik Rio 2016.

Selain itu, ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong juga berjaya memenangi Anugerah Olahragawati Kebangsaan.

Anugerah ini juga merupakan anugerah ketiga buat beliau selepas berjaya memenanginya pada tahun 2013, 2015 dan 2021.

Sama seperti Azizul, Pandelela sememangnya layak juga untuk menerima anugerah tersebut selepas banyak memberi jasa serta sumbangan untuk negara.

Antara sumbangan beliau ialah berjaya membawa pulang pingat gangsa Olimpik London 2012 untuk acara 10M platform dan pingat perak di Olimpik Rio 2016 untuk acara 10M platfrom berirama.

Ini adalah senarai pemenang untuk kategori lain:

Olahragawan Paralimpik Kebangsaan – Bonnie Bunyau Anak Gustin.

Olahragawati Paralimpik Kebangsaan– Brenda Anellia Larry.

Pasukan Lelaki Kebangsaan– Aaron Chia Teng Fong dan Soh Wooi Yik.

Pasukan Wanita Kebangsaan -Natasha Mohamed Roslan, Faten Najihah Ahmad Faik, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Nur Syazwani Sahar.

 Jurulatih Lelaki Kebangsaan– Jamil Adam.

Jurulatih Wanita Kebangsaan– Wendy Chai De-Choo.

 Anugerah Tokoh Sukan– Datuk Hajjah Norminshah Sabiri.

 Anugerah Kepimpinan Sukan– Huang Ying How.

Anugerah Khas– Chan Foong Keong, Tuan Haji Mohd Zaki Abd Rahman dan Subkhiddin Mohd Salleh