Tampil persembahan mantap dalam siri persahabatan pramusim, JDT dilihat lebih garang berbanding musim lalu
Umum mengetahui yang Johor Darul Ta’zim kini sedang membuat latihan serta perlawanan pramusim mereka di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Mereka mengadakan latihan di sana bagi membuat persiapan untuk Liga Super 2023 yang akan membuka tirainya pada 24 Februari ini.
Baru-baru ini mereka turut mengadakan perlawanan persahabatan menentang kelab Fusan Hispania (UAE) di mana mereka menang selesa dengan kelab itu 3-0.
Dalam perlawanan itu, standard permainan yang ditonjolkan oleh JDT seperti sudah jauh berada di hadapan kelab itu apabila mereka berjaya menang dengan jaringan yang agak besar.
Kemenangan tersebut merupakan kemenangan kedua JDT di Dubai sepanjang mereka melakukan latihan pramusim di sana.
Mereka berjaya menguasai perlawanan tersebut di mana mereka telah menguasi 56 peratus penguasan bola berbanding Fusan Hispania yang mempunyai 44 peratus sahaja.
Mereka juga berjaya membuat 13 percubaan ke arah pasukan lawan berbanding Fusan Hispania yang hanya berjaya membuat empat percubaan sahaja.
Setakat ini, JDT telah melakukan tiga perlawanan persahabatan iaitu menentang FC Rostov dan PFC Levski Sofia di mana mereka berjaya mencatat satu kemenangan menentang Levski (1-0) dan tewas kepada FC Rostov (2-0).
Pemain import baru JDT iaitu Juan Muniz, Oscar Arribas, Endrick dan Diogo juga dilihat turun beraksi dalam perlawanan persahabatan itu.
Muniz dan Arribas merupakan pemain yang diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan untuk dua perlawanan persahabatan iaitu ketika menentang Levski Sofia dan Fusan Hispania.
Muniz telah berjaya menjaringkan dua gol iaitu ketika menentang Fusan Hispania dan Levski Sofia.
Manakala Diogo hanya berada dalam kesebelasan utama ketika menentang Fusan Hispania dan Endrick turut turun dalam perlawanan itu dan berjaya menjaringkan satu gol.
Dalam pada itu, usaha pemilik JDT iaitu Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengadakan latihan pramusim di Dubai dilihat membuahkan hasil apabila anak buahnya berjaya mencatat dua keputusan yang positif.
Selepas ini mereka memunyai dua lagi perlawanan persahabatan iaitu menentang FC Lokomotiv Moscow dan FC Zenit.
Semoga mereka mampu mencatat keputusan yang positif serta dapat memperbaiki mutu permainan mereka agar menjadi lebih baik.