Bakat ASEAN makin laku di Korea Selatan, lebih ramai pemain harus ambil peluang kembangkan sayap ke sana

339

Kualiti liga bola sepak Jepun tidak kiralah J1 League atau J2 League sememangnya tidak boleh dinafikan kerana liga tersebut merupakan antara liga terbaik di rantau Asia.

Tahap kompetitif liga tersebut turut menjadi tarikan pemain dari pelbagai negara termasuklah rantau Asia Tenggara (ASEAN).


Sehingga ke hari ini seramai 33 dari pemain rantau ASEAN pernah beraksi di liga tersebut untuk mengembangkan bakat mereka.

Namun, selain daripada J-League ada lagi satu lagi liga di rantau Asia ini yang siturut menjadi tumpuan pemain ASEAN iaitu K-League.

Walaupun tahap K-League tidak seperti J-League tapi ia juga mempunyai kualiti yang baik berbanding liga di ASEAN dan satu destinasi terbaik untuk pemain ASEAN mengembangkan karier mereka di sana.

Tidak kiralah beraksi di K-League 1 atau K-League 2 sekalipun, ianya tetap mampu memberi pengalaman berharga buat pemain dari ASEAN menimba pengalaman di sana.

Dalam pada itu, terdapat dua pemain dari Vietnam yang baru berhijrah ke kelab yang beraksi di K-League 2 iaitu Cheonan City FC iaitu Vu Minh Hieu (20 tahun) yang beraksi sebagai penyerang dan Nguyen Canh Anh (22 tahun) yang beraksi di bahagian tengah.

Kedua-dua pemain itu masih berada di zaman 20an mereka jadi mereka mempunyai potensi yang cerah untuk mengembangkan bakat mereka di sana.

Selain itu, Malaysia juga mempunyai pemain yang berkelana di sana iaitu Kogileswaran Raj yang beraksi untuk Chungbuk Cheongju FC yang juga merupakan kelab K-League 2.

Sama seperti pemain Vietnam, Kogileswaran juga masih di usia yang muda iaitu 24 tahun dan tindakan beliau untuk berhijrah ke Korea Selatan untuk mencari pengalaman adalah satu usaha yang bagus.

Antara pemain ASEAN lain yang pernah main di Korea Selatan ialah Asnawi Mangkualam (Indonesia), Luong Xuan Truong (Vietnam) dan Nguyen Cong Phuong (Vietnam).

Asnawi yang beraksi untuk Ansan Greeners FC juga pernah merangkul permain terbaik bulanan untuk K-League 2 pada April 2021.

Perkara itu jelas membuktikan yang liga bola sepak di Korea Selatan mampu untuk membantu pemain ASEAN mengembangkan bakat mereka serta meningkatkan kualiti permainan mereka.

Diharap pada masa akan datang akan ramai lagi pemain ASEAN terutama pemain Malaysia yang akan berkelana di Korea Selatan kerana mereka juga mempunyai liga yang berkualiti.