Yusuke Adachi tinggalkan VFF, harus cari pengganti sama hebat untuk gandingkan dengan Philippe Troussier

451

Selepas Park Hang-seo meninggalkan Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) kini Pengarah Teknikal mereka iaitu, Yusuke Adachi turut meninggalkan badan induk bola sepak itu.

Umum mengetahui yang Hang-seo sememangnya banyak membawa kejayaan kepada bola sepak Vietnam dan disebalik kejayaannya itu, beliau turut dibantu oleh Yusuke.


Jadi, ianya merupakan kehilangan yang besar untuk VFF apabila mereka telah hilang seorang lagi figura yang sangat berpengaruh dalam arena bola sepak mereka.

Yusuke dikhabarkan telah bersetuju untuk tidak menyambung kontraknya bersama VFF dan penggantinya juga masih belum diketahui.

Sepanjang tiga tahun bersama Vietnam beliau telah banyak memberi sumbangan terhadap pembangunan bola sepak Vietnam terutama bola sepak remaja.

Antara sumbangan beliau ialah latihan sumber manusia untuk bola sepak remaja Vietnam, terutamanya pembinaan sistem latihan jurulatih.

Dalam pada itu, Vietnam kini dilihat akan menggunakan falsafah Eropah kerana mereka telah melantik Philippe Troussier sebagai ketua jurulatih untuk skuad mereka.

Jikalau Hang-seo mempunyai Yusuke, Troussier juga perlu mempunyai figura yang sama seperti Yusuke untuk membawa lebih banyak kejayaan untuk bola sepak Vietnam.

Bukan satu tugas yang mudah untuk menggantikan Yusuke namun, diharap Troussier juga mampu membawa figura yang sama atau lebih bagus lagi agar bola sepak Vietnam terus maju.

Namun, keputusan tidak menyambung kontrak Yusuke ini seolah-olah satu keputusan yang terburu-buru yang dibuat oleh VFF.

Keputusan ini dilihat mampu untuk menjejaskan persiapan pasukan bola sepak Vietnam untuk Piala Asia akan datang.

Bukan itu sahaja, persiapan untuk mempertahankan pingat emas Sukan SEA yang mereka menang pada edisi lalu di Hanoi juga mungkin terjejas kerana telah banyak berlaku perubahan terutama di tampuk kempimpinan VFF.

Diharap keputusan ini merupakan keputusan yang tepat untuk dilakukan dan semoga VFF dapat temui pengganti yang tepat dan mempunyai kredibiliti yang baik seperti Yusuke.