Madame Pang jalin kerjasama dengan Levante UD, kelab Liga Super harus ikut inisiatif seperti itu

343

Pengerusi Port FC, Nualphan Lamsam atau lebih dikenali sebagai Madame Pang telah melakukan satu lagi usaha yang cukup memberasangkan untuk pembangunan bola sepak Thailand.

Madame Pang yang merupakan seorang ushawan yang sangat berjaya, telah banyak mengubah landskap bola sepak Thailand dan pembangunan bola sepak mereka juga semakin maju.


Terbaru, beliau baru sahaja mengumumkan perjanjian kerjasama antara Port FC dengan kelab bola sepak dari Sepanyol iaitu Levante UD FC.

Perjanjian itu bertujuan untuk menghantar lebih ramai pemain Thailand untuk berlatih di sana dan juga untuk memperbaiki mutu pengurusan bola sepak Thailand.

Perkara ini merupakan satu inisaitif yang sangat baik terutama untuk pembangunan bola sepak Thailand di mana pemain mereka akan berpeluang untuk mengembangkan bakat di luar negara.

Dalam pada itu, jika kelab di Liga Super seperti KL City, Perak FC dan Kedah Darul Aman FC mempunyai pemilik yang ‘billionaire’ seperti Madame Pang, mereka harus lakukan inisiatif tersebut.

Perkara itu boleh memberi pendedahan yang amat berguna kepada pemain-pemain negara untuk menjalani latihan di luar.

Mereka juga boleh belajar dengan lebih dekat tentang latihan-latihan di Eropah sekaligus dapat mempertingkatkan kualiti permainan mereka

Jika mereka mampu beraksi dengan baik, ada kemungkinan yang mereka boleh ditawarkan kontrak untuk beraksi di Eropah.

Perkara tersebut bukan sahaja dapat memberi kelebihan pada pemain tetapi dapat juga membantu pembangunan bola sepak negara.

Selain itu, kelab dan pemain juga harus mengambil kelebihan jika mereka mempunyai hubungan dengan kelab luar negara dengan membuat persetujuan seperti apa yang Madame Pang lakukan.

Dengan kelebihan itu, mereka dapat menghantar pemain-pemain yang berbakat untuk mereka mencuba nasib di kelab tersebut.

Sebagai contoh, Safee Sali dan Safiq Rahim yang pernah menjalani percubaan dengan kelab yang berpangkalan di Wales iaitu Cardiff City FC.

Walaupun tidak berjaya mendapatkan kontrak profesional bersama Cardiff tetapi ianya satu usaha yang bagus kerana mereka dapat satu pengalaman yang berharga.

Untuk rekod, Cardiff City dimiliki oleh seorang usahawan dari Malaysia iaitu Tan Sri Vincent Tan dan beliau merupakan pemilik kelab itu daripada tahun 2010.