Hein Htet Aung mahu bawa Selangor FC ke pentas Asia musim ini

988

Selepas mengharungi musim yang cukup berliku pada tahun lalu, Hein Htet Aung meletak sasaran untuk bantu Selangor FC untuk layak ke pentas Asia musim ini.

“Saya gembira dapat kekal di Selangor kerana penyokong dan barisan kejurulatihan sentiasa memberi sokongan penuh kepada saya, jadi saya mahu balas jasa dengan membantu pasukan layak ke pentas Asia pada musim ini.

Ya, memang sukar untuk mencapai sasaran itu tetapi kami akan cuba buat yang terbaik,”

katanya.

Htet Aung mengakui selesa dengan taktikal yang diterapkan oleh ketua jurulatih Tan Cheng Hoe yang menerapkan corak permainan mendominasi dan banyak menggunakan pemain sayap untuk melakukan serangan.


Dalam pada itu, pemain kebangsaan Myanmar ini mengakui beliau dan rakan sepasukan perlu meningkatkan tahap kecergasan mereka supaya dapat menterjemahkan taktikal seperti yang dimahukan oleh ketua jurulatih.

Musim 2023 adalah musim ketiganya bersama skuad Gergasi Merah selepas beliau bermula dari Selangor FC II pada musim pertama sebelum diserap ke skuad utama pada tahun lalu.

Sementara itu, beliau yang semakin selesa bersama pasukannya ketika ini tidak merancang untuk berhijrah ke pasukan lain.

“Tahun ini adalah tahun ketiga saya bersama Selangor dan saya gembira di sini dan kalau boleh mahu kekal lama bersama pasukan ini.”