Ketua jurulatih wajib diberi peranan penuh untuk tandatangani pemain yang dimahukannya – Azraai Khor

510

Lagenda bola sepak negara, Mohd Azraai Khor Abdullah menegaskan bahawa ketua jurulatih wajib diberikan peranan atau kuasa penuh dalam menandatangani pemain-pemain yang dimahukan bagi menguatkan skuad kendaliannya.

Menurut Azraai, kuasa tersebut tidak terhadap kepada pemain tempatan sahaja, tetapi juga mempunyai kuasa penuh untuk menandatangani pemain import.


“Sebagai seorang jurulatih beliau wajib diberi peranan penuh dan berkuasa untuk sign pemain tempatan atau import.

Saya berani cakap benda ni kerana selepas saya bersama Kedah dan kita capai kejayaan double treble, saya telah keluar dari Kedah dan dari situ kita dapat lihat saya hadapi cukup banyak masalah,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Susulan permasalah itu, beliau telah mengambil keputusan untuk meletak jawatan kerana kemelut dengan pihak pengurusan.

“Saya telah buktikan kemampuan saya dalam Liga Malaysia, tapi kalau pengurusan rasa mereka lebih terer (hebat) ‘kau ambil balik team kau, saya keluar’.”

Tambahnya lagi, beliau seorang yang tidak gemar untuk bertelagah di media, oleh sebab itu beliau ambil keputusan untuk mengundurkan diri.

Jelas Azraai lagi, beliau berpegang pada prinsip seperti Allahyarham Dato’ Ahmad Basri Akil yang akan bersuara sekiranya ada perkara tidak betul yang berlaku.

Dalam pada itu, jurulatih berusia 71  tahun itu turut berkata pentingnya untuk seseorang jurulatih mempunyai kenalan atau networking  yang luas untuk dirujuk sekiranya mahu mengambil seseorang pemain itu.

“Saya ni boleh dikatakan sebagai seorang yang old school tapi saya celik IT, jadi jika ada apa-apa saya akan check di Wikipedia terlebih dahulu kerana disitu lebih teratur dan buat kajian tentang pemain yang dimahukan.

Selain itu, satu lagi perkara paling adalah networking kerana kita boleh hubungi terus jurulatih yang mengenali pemain yang dimahukan supaya dapat gambaran dengan lebih jelas mengenai pemain itu supaya tidak tertipu.”

Sementara itu, walaupun beliau kini sudah lagi tidak mengendalikan mana-mana pasukan, tetapi beliau masih aktif dalam jemputan klinik kejurulatihan bola sepak.