An Sae-hee mahu Penang FC jadi pencabar utama JDT, Selangor FC dan Kedah Darul Aman FC

297

Pemain pertahanan import baru Penang FC, An Sae-hee mahu pasukannya bukan sekadar menjadi pelengkap liga sebaliknya mahu jadi pencabar utama pada kelab besar seperti Johor Darul Ta’zim (JDT), Kedah Darul Aman FC (KDA) dan Selangor FC.

“Saya ke sini memang nak beraksi di Malaysia. Saya mahu bantu pasukan jadi pencabar utama pasukan kuat seperti JDT, Kedah dan Selangor dalam saingan Liga Super musim ini,”

katanya.

Walaupun baru menyertai ‘keluarga’ Harimau Kumbang, pemain berasal dari Korea Selatan itu tidak berdepan masalah untuk menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan dan barisan kejurulatihan.


“Saya teruja dapat menyertai pasukan ini kerana barisan kejurulatihan dan rakan sepasukan dan gembira berada di sini.”

Terdahulu, pemain yang beraksi di V. League 1 bersama Hoang Anh Gia Lai FC telah pun diturunkan dalam beberapa perlawanan termasuk ketika Penang menewaskan Geylang International FC 4-0 dalam kejohanan Piala Harapan.

Susulan kemenangan itu, Penang akan bertemu dengan Selangor FC pada Sabtu (4 Februari) dalam aksi akhir yang akan berlangsung di Stadium Batu Kawan.

Dalam pada itu, Sae-hee juga berkata beliau tidak berdepan masalah besar untuk menyesuaikan diri di Malaysia, malah beliau sudah pun mula mencuba makanan popular Malaysia.

“Ya, saya sudah cuba makan asam laksa,”

selorohnya.