TCH akui Penang FC punya kelebihan menjelang final Piala Harapan

297

Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe mengakui pasukan tuan rumah Penang FC mempunyai sedikit kelebihan menjelang perlawanan akhir Piala Harapan yang akan berlangsung pada Sabtu ini.

Menurut Cheng Hoe, Penang yang bermain pada Rabu (1 Februari) mempunyai rehat dua hari berbanding pasukannya yang hanya mempunyai satu hari rehat.


“Untuk perlawanan malam esok jika kita ambil kira tempoh masa rehat pasukan, Penang mempunyai sedikit kelebihan kerana mereka bermain pada 1 Februari dan mempunyai rehat selama dua hari berbanding kami yang hanya mempunyai satu hari rehat.

Tambahan pula kita masih di peringkat awal persiapan pra-musim, jadi kita harap pemain-pemain dapat pulih tenaga untuk menghadapi perlawanan esok,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Tambahnya lagi, walaupun ia sekadar perlawanan persahabatan sahaja, namun beliau mahu pemain-pemain fokus sepenuhnya apabila menyertai sebarang kejohanan dengan sasaran untuk menang dalam setiap perlawanan.

Dalam pada itu, Cheng Hoe juga mengakui skuad Harimau Kumbang sedang berada dalam momentum terbaik apabila belum pernah tewas lagi dalam lima perlawanan persahabatan yang mereka hadapi.

Malah beliau juga melihat serangan pantas yang dilakukan oleh mereka ketika membenam Geylang International FC 4-0 baru-baru ini cukup tajam.

“Beberapa siri perlawanan Penang mereka tampak cukup positif dan pada perlawanan tempoh hari kitab oleh lihat bahagian serangan mereka cukup tajam dan cukup berbahaya dan apabila kita menentang Penang nanti kita perlu beri perhatian pada serangan balas kerana mereka cukup bahaya terutamanya dari Sonny Saad dan Adriano.”

Sementara itu, bagi kapten Gergasi Merah pula iaitu Brendan Gan, walaupun perlawanan menentang Penang adalah sebahagian dari perlawanan pra-musim tetapi beliau dan rakan sepasukan akan berikan yang terbaik untuk meraih kemenangan.

“Ini adalah satu kejohanan yang cukup baik untuk kami kerana ia memberi satu persaingan yang kompetitif. Ya, anda boleh berkata ia hanyalah perlawanan persahabatan tapi saya tahu yang saya dan coach Cheng Hoe mahu menang dalam setiap perlawanan.

Kami akan turun beraksi dengan winning mentality, dan pada masa sama ia adalah untuk meningkatkan permainan kami bersama dan belajar tentang yang kami akan gunakan pada musim ini.”

Perlawanan akhir di antara Penang dan Selangor akan berlangsung di Stadium Batu Kawan pada pukul 8.30 malam.