Perlawanan menentang KDA FC akan beri pemain saya pengalaman yang cukup berharga – Mohd Noor Ali

510

Ketua jurulatih Geylang International FC, Mohd Noor Ali teruja apabila pasukannya akan bertemu dengan Kedah Darul Aman FC (KDA) dalam perlawanan tempat ketiga dan keempat Piala Harapan.

Menurut Noor Ali, pasukan KDA kini sedang beralih ke arah baru menyaksikan prestasi mereka semakin baik.


“Saya ada rakan yang pernah mengendalikan KDA untuk beberapa tahun sebelum ini dan kini mereka beralih ke arah baru yang kita dapat lihat prestasi mereka cukup baik. Saya menonton perlawanan mereka ketika menentang Selangor FC memperlihatkan suasana yang cukup menakjubkan.

Ia adalah satu perkara yang cukup baik untuk pasukan saya menentang pasukan terbaik seperti KDA yang mana pemain-pemain dapat membawa balik pengalaman dan intensiti ke saingan liga kami (Singapore Premier League),”

katanya.

Jelasnya lagi, walaupun beliau mendapat jemputan pada saat-saat akhir, namun beliau tidak melepaskan peluang untuk turun ke Pulau Pinang kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk beraksi dengan pasukan-pasukan besar dari Liga Malaysia.

Beliau pada masa sama turut mengakui kualiti Liga Malaysia kini jauh meninggalkan Singapore Premier League (SPL).

“20 tahun lalu saya bermain bola di mana ketika itu Singapura mudah untuk menewaskan Malaysia, tetapi kini tidak lagi kerana terlalu banyak kualiti ada di Liga Malaysia kini sudah jauh meninggalkan liga domestik kami.”

Dalam pada itu, bagi kapten pasukan Joshua Pereira pula mengakui perlawanan menentang Sang Kenari esok akan menjadi perlawanan yang sukar tapi ia adalah perlawanan yang dinanti-nantikan oleh beliau dan rakan sepasukan.

Dalam pada itu, bagi kapten pasukan Joshua Pereira pula mengakui perlawanan menentang Sang Kenari esok akan menjadi perlawanan yang sukar tapi ia adalah perlawanan yang dinanti-nantikan oleh beliau dan rakan sepasukan.

Pada masa sama beliau turut mendedahkan impiannya untuk bermain di Liga Malaysia sekiranya mendapat peluang satu hari nanti.

“Sudah semestinya saya mahu kerana ia merupakan impian setiap pemain Singapura untuk bermain di liga terbaik dan Liga Malaysia juga sudah dua atau tiga langkah ke hadapan.”

Sementara itu, Ketua Pengawai Eksekutif KDA iaitu Khamal Idris Ali pula mengakui pasukannya masih perlukan masa untuk dibentuk jadi skuad yang ampuh berikutan musim ini mereka melakukan rombakan besar-besaran termasuk membawa ketua jurulatih yang baru.

“Nak kata puas hati sepenuhnya pun tak boleh kerana kita masih dalam proses pembentukan semula selepas apa yang berlaku musim lalu, ia merupakan satu pengajaran yang baik buat kita.

Kita set up balik pemain baru dan jurulatih baru, hampir 50 peratus pemain baru termasuk kesemua pemain import baru dan saya harap coach Nafuzi Zain dapat buat sesuatu yang menarik untuk KDA musim ini agar kita dapat beraksi cemerlang dalam saingan Liga Super.”

Tambahnya lagi, pada perlawanan menentang Selangor tempoh hari, beliau melihat perlawanan seimbang walaupun mereka terpaksa akur selepas tewas dalam penentuan sepakan penalti.

Pada masa sama beliau berkata Nafuzi masih lagi sedang dalam proses beliau berkata Nafuzi masih lagi sedang dalam proses mencuba kesemua pemain dan kombinasi termasuk belum menurunkan beberapa lagi pemain baru.

KDA akan menentang Geylang International pada Sabtu di Stadium Batu Kawan bagi merebut tempat ketiga Piala Harapan.

Selain Piala Harapan, KDA akan terbang ke Turki untuk menjalani perlawanan pra-musim menentang empat pasukan dari Ukraine, Uzbekistan dan Kazakhstan.