Di KL City FC saya ada ramai pemain berpengalaman untuk bantu jaringkan lebih 24 gol – Herlison Caion

239

Penyerang KL City FC, Herlison Caion bertekad mahu menjaringkan lebih banyak gol dalam musim keduanya di Liga Malaysia selepas berjaya menjaringkan 24 gol musim lalu.

Menurutnya, beliau mempunyai ramai pemain berpengalaman di kelab itu yang mampu membantunya merealisasikan perkara itu.


“Sudah tentu sebagai penyerang saya mahu buat lebih baik daripada musim lepas dan jaringkan lebih banyak gol.

Di sini saya mempunyai rakan-rakan yang berpengalaman seperti Tchetche Kipre, Romel Morales dan Paulo Josue yang mampu membantu saya,”

katanya.

Caion berkata, beliau bagaimanapun harus terus memperbaiki permainannya dan menyesuaikan diri dengan segera bersama rakan sepasukan yang baru.

Sementara itu, beliau menganggap Bojan Hodak sebagai seorang jurulatih yang mementingkan disiplin dan sering menekan pemain untuk menjadi lebih baik.

“Beliau sangat mementingkan disiplin, dalam sesi latihan beliau akan tekan kami dan anda dapat lihat pada perlawanan malam ini hasilnya.

Kami ada masa lagi untuk perbaiki kelemahan, saya percaya kami mampu tingkatkan lagi tahap permainan kami.”

Menurut Caion, pemain-pemain KL City banyak membantunya untuk menyesuaikan diri dan memberinya keyakinan diri.

Beliau mahu membuktikan sesuatu kepada para penyokong , jurulatih dan rakan sepasukan lain pada musim pertamanya di kelab itu.