Kontrak tamat Disember 2023, Shin Tae-yong belum pasti latih Indonesia untuk Piala Asia, dua kejohanan jadi medan ujian

272

Tarikh untuk kejohanan Piala Asia 2023 yang berlangsung di Qatar akhirnya dimukatamadkan pada 24 Januari 2024 selepas melalui perubahan tuan rumah.

Ini kerana China mengumumkan untuk menarik diri sebagai tuan rumah kerana keadaan yang tidak dapat dikawal disebabkan oleh Covid-19 yang melanda di negara tersebut serta persatuan bola sepak Australia yang menarik balik bidaan mereka pada 1 September lalu.


Bagi ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong, beliau kita ini masih belum pasti akan mengendalikan pasukan itu pada kejohanan terbesar Asia itu kerana kontraknya tamat pada 31 Disember 2023.

Walaupun sudah 4 tahun melatih Skuad Garuda, pengendali berusia 52 tahun masih belum mampu menghasilkan sebarang piala buat mereka.

Kejayaan yang paling bermakna ketika STY adalah membawa pasukan Indonesia ke perlawanan akhir
Piala AFF 2020 namun tewas ketika menentang Thailand dengan aggregat 6-2 dan gagal untuk membawa pulang piala ke bumi Indonesia.

Selepas tiada kejuaraan yang dimiliki oleh STY sejak bergelar jurulatih pada tahun 2019, maka STY perlu
menghasilkan keputusan yang baik agar kontraknya disambung sebelum bermula Piala Asia pada tahun hadapan.

Piala Asia U-20 dan Piala Dunia U-20 merupakan ujian untuk STY memberikan keputusan positif
dan membuktikan sesuatu sebelum kontrak beliau bersama Indonesia berakhir pada bulan 12 tahun ini.

Walaupun Presiden Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Mochamad Iriawan berkata kontrak jurulatih yang berasal dari Korea Selatan akan disambung, namun belum ada kepastian dan kata putus dari beliau.

Malah, Mochamad Iriawan akan meninggalkan kerusi panas itu dan akan diisi oleh 5 orang calon yang sedang berentap untuk menjadi Presiden baru PSSI untuk tahun 2023-2027.

Ini membuatkan STY perlu merasa risau kerana sokongan dan dorongan yang diberikan oleh Mochamad Iriawan akan hilang dan pastinya presiden baharu PSSI akan meletak KPI dan hala tuju untuk STY sebelum menyambung kontraknya pada tahun hadapan.

STY perlu berusaha keras untuk mempersiapkan pasukan B-20 Indonesia ke kejohanan Piala Asia U20 dan Piala Dunia U-20 seterusnya meyakinkan pihak pengurusan PSSI bahawa beliau yang paling layak untuk mengemudi pasukan Indonesia untuk kejohanan paling berprestij di Asia pada tahun hadapan.

Sejak beliau mengambil alih pasukan, memang banyak perubahan yang telah berlaku dalam pasukan Indonesia dan mereka juga kini dilihat bermain dengan lebih baik dengan ramai pemain muda berbakat.

Namun, segelintir peminat mahu lebih lagi daripada itu dan mengharapkan beliau mampu menghadiahkan trofi buat negara itu.