Gandingan ‘Patatimo Boys’ dipisahkan, Haikal Nazri dan Wan Arif Junaidi perlu kerja keras buktikan gandingan baru menjadi
Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia, Rexy Ronald Mainaky mengumumkan perpisahan secara rasmi gandingan muda badminton negara iaitu Haikal Nazri dan Wan Arif Junaidi menerusi satu sidang media.
Namun ada yang berpendapat bahawa ia merupakan satu kerugian memandangkan gandingan mereka sudah lama dan mempunyai persefahaman yang baik diantara satu sama lain.
Transisi dari pasukan Junior ke Senior menunjukkan peningkatan dengan kejayaan paling tinggi menerusi pingat perak Jelajah BWF Super 100 Orleans Masters yang diadakan di Perancis pada tahun 2022.
Mereka berdua mempunyai potensi besar memandangkan ranking mereka meningkat dengan banyak selepas digandingkan untuk menjadi beregu pasukan Malaysia dan pernah menduduki ranking 103 dunia.
Malah, mereka juga dicanang sebagai beregu pilihan untuk mewakili Malaysia ke temasya sukan terbesar dunia iaitu Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Dengan perpisahan ini, maka Haikal akan bergandingan dengan Izzudin manakala Arif pula akan dipasangkan bersama Yap Roy King sebagai gadingan terbaru untuk BAM.
Dengan gandingan terbaru yang maka keserasian diantara pemain perlu dipertingkat agar bersedia
mengharungi kejohanan yang akan datang.
Ini juga menandakan dengan gandingan baharu akan menjadi taruhan buat BAM untuk memastikan setiap beregu dapat mengharumkan nama negara dan juga layak untuk bersaing dengan pemain handalan dunia.
Pastinya Rexy lebih mengetahui akan kemampuan kesemua pemain itu sebelum membuat keputusan besar untuk memisahkan mereka dan menggandingkan dengan pasangan baharu.
Seluruh peminat berharap dengan rombakan terbaru ini akan menjadikan pemain lebih bersemangat serta bersedia dari segi fizikal dan mental untuk mengharungi kejohanan akan datang.