Erick Thohir beri bayangan terdapat ‘korupsi’ dalam PSSI

191

Gejala rasuah merupakan suatu perkara yang salah di sisi undang-undang dan dianggap sebagai jenayah kerana mampu memusnahkan seseorang dan negara.

Namun bukan mudah untuk menangani kegiatan rasuah kerana ianya dilakukan oleh orang yang mempunyai jawatan dan juga orang yang berkepentingan di dalam sesuatu persatuan atau syarikat.


Terdahulu, Erick Thohir antara lima calon yang bakal menduduki kerusi panas sebagai Presiden Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) yang baharu bagi penggal 2023-2027.

Ini kerana Mochamad Iriawan tidak akan mempertahankan kerusi Presiden untuk penggal baharu dan presiden baharu akan dilantik menerusi calon-calon yang berkaliber serta mempunyai sifat kepimpinan di dalam bola sepak.

Erick merupakan seorang yang sangat berpengaruh kerana beliau merupakan pemilik kelab Persis Solo dan pemilik bersama Oxford United serta mempunyai hubungan baik bersama Presiden FIFA, Gianni Infantino.

Sekiranya beliau berjaya menjadi presiden badan induk bola sepak negara itu, beliau pastinya akan cuba membanteras budaya rasuah dalam persatuan itu.

Jika tidak dibendung, ia akan merebak seperti kanser dan akan meruntuhkan organisasi itu sekaligus merencatkan perkembangan dan kemajuan bola sepak di negara itu.

Antara amalan rasuah yang sering berlaku di dalam bola sepak adalah perjudian atau lebih dikenali sebagai ‘bookie’ yang mana ia kadang-kala membabitkan jurulatih dan pemain dalam mengatur perlawanan bagi memastikan keputusan perlawanan mengikut percaturan pihak tidak bertanggungjawab itu.

Oleh sebab itu, gejala rasuah perlu ditangani dengan serius untuk memacu bola sepak ke arah yang lebih baik.

Orang yang bersalah pula perlu ditangkap dan dikenakan hukuman yang setimpal di atas jenayah yang telah dilakukan.

Dengan pengaruh dan kepimpinan beliau sebelum ini, Erick merupakan calon terbaik untuk memimpin PSSI dengan lebih baik dan malah mampu menjadikan pasukan Indonesia lebih maju.