Kelantan buru Hwang Sin-young

245

Kelantan FC dilaporkan sedang giat mencari khidmat pemain import bagi menguatkan pasukan dalam menghadapai saingan musim 2022.

Pihak pengurusan kelab telah mengenal pasti calon yang dilihat sesuai untuk membantu skuad The Red Warriors kembali ke Liga Super.


Pemain yang dikenal pasti merupakan seorang pemain sayap yang berasal dari Korea Selatan iaitu Hwang Sin-young.

Sin-young pernah beraksi bersama Selangor United yang kini dikenali sebagai Sarawak United pada tahun 2019 hingga 2020. Sepanjang tempoh tersebut beliau berjaya menjaringkan lima gol.

Pemain berusia 27 tahun itu kini beraksi bersama kelab Seoul Nowon United yang beraksi di liga keempat Korea, K4 League.

Pada musim ini, beliau berjaya menjaringkan tujuh gol termasuk lima bantuan gol dalam 29 perlawanan liga bersama Seoul Nowon United.

Malahan, beliau memiliki kemahiran mengawal bola yang baik serta mempunyai kelajuan dalam melakukan serangan. Kelantan berharap dengan kehadiran pemain ini mampu memberi suatu kelainan kepada pasukan.

Berdasarkan pengalaman luas yang dimilikinya sedikit sebanyak mampu memberi tunjuk ajar kepada pemain muda skuad The Red Warriors ini.

Kelantan yang dilatih oleh Rezal Zambery Yahya berharap dapat membuat persediaan yang rapi sebelum bermulanya persaingan Liga Premier 2022.