JDT mahukan Jordi Amat

997

Kekalahan kepada KL City FC pada Piala Malaysia yang lalu, merupakan satu peringatan supaya Johor Darul Takzim (JDT) bangkit semula menjelang Liga Malaysia yang bakal bermula tidak lama lagi.

Dalam usaha memperkuatkan benteng pertahanan JDT musim depan, dikhabarkan bahawa JDT dalam usaha untuk mendapatkan khidmat seorang pemain dari Sepanyol, Jordi Amat.


Amat merupakan tonggak utama Swansea City ketika kelab itu beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dari 2013 sehingga 2017.

Pemain yang berusia 29 tahun ini merupakan produk akademi Kelab Espanyol dari tahun 2009 sehingga 2012. Setelah empat tahun bersama Espanyol, Amat telah diturunkan sebanyak 61 perlawanan.

Pada tahun berikutnya, dia dibeli oleh Swansea City dengan nilai perpindahan sebanyak RM14 juta. Bersama Swansea dia bermain sebanyak 73 penampilan selama lima musim bersama kelab Inggeris tersebut.

Pada ketika ini, Amat sedang beraksi bersama sebuah kelab yang berpangkalan di Belgium, K.A.S Eupen. Bersama kelab tersebut Amat berjaya membuat 78 penampilan serta berjaya menjaringkan dua gol.

Sumber Foto : K.A.S Eupen

Statistik menunjukkan bahawa Amat merupakan seorang pemain utama bagi kelab Belgium tersebut.

Selain itu, Dia juga pernah mewakili pasukan Sepanyol untuk skuad bawah 19 tahun dan skuad bawah 21 tahun.

Pengalamannya beraksi di peringkat tertinggi semestinya mampu menjadi aset kepada JDT sebagai persiapan menghadapi kejohanan tertinggi di Asia, Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada musim depan.

Tambahan lagi, kemampuan pemilik JDT yang boleh memberi suntikan dana sudah pasti tidak memberi masalah untuk mereka menandatangani Amat.

Para peminat JDT semestinya tidak sabar untuk melihat gandingan pertahanan yang mantap di antara Amat dan Shane Lowry atau boleh juga berganding bersama Aidil Zafuan dan Shahrul Saad kelak.