Hong Kong rancang dua perlawanan persahabatan bagi elak bermain dalam pusingan pertama kelayakan Piala Dunia

917

Pasukan Hong Kong kini sedang melakukan persiapan rapi untuk persediaan ke Piala Asia dengan menjemput tiga pasukan Asia Tenggara (ASEAN) iaitu Singapura (160), Thailand (111) dan Vietnam (96) untuk mengadakan dua perlawanan persahabatan di stadium Hong Kong.

Ini memastikan ketua jurulatih Hong Kong, Jorn Andersen menguji keserasian pemain dan taktikal yang akan digunakan untuk ke Piala Asia 2023.


Malah, perlawanan persahabatan yang akan diadakan penting kerana ia menawarkan mata untuk menaikkan ranking pasukan ke ranking yang lebih tinggi di dalam sistem bola sepak Persekutan Bola Sepak Antarabagnsa (FIFA).

Malaysia kini berada di tangga ke-145 dengan 1066 manakala Hong Kong berada di tangga ke-146 dengan 1062 mata, perbezaan 4 mata di belakang Malaysia.

Malaysia berada di tangga ke-25, berada di atas satu anak tangga mengatasi Hong Kong yang berada di tangga ke-26 mengikut ranking pasukan terbaik Asia.

Untuk pengetahuan, FIFA telah mengeluarkan format baharu kelayakan Piala Dunia memandangkan Piala Dunia 2026 akan disertai oleh 48 pasukan, pertambahan sebanyak 12 pasukan dengan 8+1 slot ditawarkan untuk zon Asia untuk kejohanan Piala Dunia akan datang.

Bedasarkan format yang dikeluarkan oleh FIFA, 22 pasukan yang berada di tangga 26 sehingga 47 mengikut ranking Asia akan berentap untuk pusingan pertama  secara timbal balik dan 11 pasukan akan mara ke peringkat kedua.

25 pasukan akan menanti 11 pasukan yang layak dan dibahagikan kepada sembilan kumpulan yang mengandungi empat pasukan secara timbal balik. 18 pasukan yang menjadi juara dan naib juara akan layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia seterusnya layak secara merit ke Piala Asia.

Seterusnya, 18 pasukan akan dibentuk di dalam 3 kumpulan yang mengandungi enam pasukan yang akan bermain secara timbal balik. Dua pasukan terbaik akan layak secara automatik ke kejohanan Piala Dunia manakala pasukan yang berada di tempat ketiga dan keempat akan mara ke pusingan keempat.

Di pusingan keempat, enam pasukan akan dibahagikan melalui tiga kumpulan dan akan bersaing di stadium berkecuali (neutral) tanpa perlawanan timbal balik. Juara untuk setiap kumpulan akan layak ke pusingan akhir Piala Dunia manakala naib juara akan mara ke pusingan ke-5.

Untuk pusingan terakhir, dua pasukan Asia akan berentap dengan pasukan yang berada di benua yang berbeza untuk menentukan pasukan manakah yang berjaya mengisi slot yang terakhir untuk mara ke pusingan akhir Piala Dunia 2026.

Dengan format yang terkini, Malaysia berpeluang cerah mendapat  ‘bye’ untuk pusingan pertama dan seterusnya mara ke pusingan kedua.

Namun, pasukan Hong Kong pastinya akan cuba memintas Malaysia untuk memastikan mereka juga layak ke pusingan kedua.

Pasukan Harimau Malaya perlu berwaspada dan memastikan mereka berada di dalam kelompok 25 pasukan terbaik Asia supaya mereka berpeluang untuk bermain di pusingan kedua sebelum undian kelayakan Piala Dunia diadakan.