KL City FC ‘Extension’ hanya sekadar nama, tiada maksud yang tersirat

413

Malaysian Football League (MFL) telah mengeluarkan jadual untuk Piala MFL pada musim ini memandangkan sepak mula perlawanan pertama akan bermula pada 2 Mac.

Untuk makluman, Piala MFL merupakan Liga Simpanan yang baru diwujudkan untuk pemain-pemain muda B-23 tahun selepas MFL memaklumkan penstrukturan liga baharu pada musim ini.


Piala MFL juga merupakan medan terbaik buat para pemain menyerlahkan bakat dan prestasi untuk dibawa naik ke pasukan utama yang beraksi di Liga Super.

Malah ianya memberi peluang kepada pemain-pemain yang gagal menyerlah di dalam skuad utama dan memberi lebih banyak minit permainan bersama pasukan simpanan.

Namun ada sesuatu yang menarik perhatian peminat apabila pasukan KL City FC menggunakan nama ‘Extension’ untuk skuad B-23 mereka yang telah mencetuskan tanda tanya ramai mengenai nama tersebut.

Satu sumber bagaimanapun memberitahu bahawa perkataan ‘Extension’ itu tidak mempunyai sebarang maksud tersirat, sebaliknya maksud ‘tambahan’ merujuk kepada skuad kedua The City Boys.

Namun tiada maksud tersirat di sebalik ‘Extension kerana masih membawa maksud pasukan kedua atau pasukan simpanan.

Ianya juga membawa maksud yang sama seperti pasukan Terengganu FC II, Kedah Darul Aman FC B dan Johor Darul Ta’zim II yang bertanding di dalam Piala MFL.

Terdahulu, pasukan yang bertanding di LaLiga iaitu Real Madrid CF menggunakan nama Real Madrid Castilla untuk pasukan simpanan mereka.

Real Madrid Castilla kini sedang bermain di Primera Federacion iaitu liga divisyen ketiga di dalam sistem hierarki Liga Sepanyol.

Manakala pasukan Barcelona FC menggunakan nama Barcelona Atletic untuk pasukan simpanan yang bermain di dalam divisyen yang sama seperti RM Castilla.

Dengan penggunaan ‘Extension’ oleh pasukan KL City di dalam Piala MFl, ianya membawa suatu keunikan dan sudah pasti menarik perhatian para peminat untuk mengetahui tentang maksud sebenar ‘Extension’ tersebut.

Diharap pemain yang bermain di dalam liga simpanan menunjukkan komitmen dan semangat tidak berputus asa untuk menawan hati ketua jurulatih dan juga berjuang untuk menjulang Piala MFL pada musim ini.