Ucapan badut yang dikeluarkan oleh Thomas Doll dianggap sebagai ‘personal attack’ oleh Shin Tae-yong

512

Perbuatan memerli merupakan sikap yang salah kerana akan menyakitkan hati seseorang dan boleh menjatuhkan maruah seseorang di khalayak ramai.

Perbuatan perli digunakan untuk mencela seseorang secara tidak berterus terang atau sebagai kiasan dan maksudnya sama sahaja seperti gurauan, sindiran atau ejekan kepada orang lain.


Terdahulu, ketua jurulatih Indonesia merangkap pengendali pasukan B-20, Shin Tae-yong tidak akan memaafkan perbuatan ketua jurulatih Persija Jakarta, Thomas Doll yang menyindirnya kepada pihak media.

Ianya terjadi selepas Thomas Doll mengunakan perkataan ‘Badut’ ketika sidang media dan mengkritik tentang cara dan pengurusan Tae-yong seperti tidak profesional ketika beliau sedang mempunyai tugasan besar untuk menyiapkan pasukan B-20 Indonesia untuk kejohanan Piala Asia B-20 tahun.

Ini berikutan selepas senarai 30 pemain melibatkan sembilan pemain Persija Jakarta yang perlu hadir ke pusat latihan di Jakarta bermula 1 sehingga 28 Februari

Namun perseturuan di antara kedua-dua jurulatih memuncak apabila pengendali dari Korea Selatan itu membuat kemunculan dalam iklan komersil di Indonesia dan disebabkan itu tuduhan ‘Badut’ dilontarkan oleh Thomas.

Tae-yong pastinya terasa dengan keyataan yang keluar dari mulut Thomas dan perbuatan tersebut tidak dapat dimaafkan sama sekali.

Kritikan kepada seseorang tidak salah selagi tidak menjadikan kritikan itu sebagai serangan peribadi kepada individu yang mahu dikritik dan tidak menggunakan emosi ketika berbicara tentang sesuatu perkara.

Apa yang penting kritikan yang dilontarkan harus berasas dan bukannya sembrono sahaja kerana ia bukan sahaja akan mencetuskan pertelingkahan di antara dua pihak tetapi juga mencerminkan diri sebagai seorang yang tidak profesional.