Aplikasi RTMKlik dah boleh guna di luar negara, Astro GO bila lagi?

605

Penggunaan aplikasi penstriman banyak digunakan sebagai medium untuk tontonan umum khususnya kepada penyokong atau peminat sukan yang tidak mempunyai televisyen.

Dengan aplikasi penstriman juga memudahkan pengguna untuk melihat sukan atau drama dengan di mana-mana sahaja menerusi peranti mudah alih seperti telefon bimbit, laptop atau tablet.


Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia,  YB Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dalam ucapan beliau kepada media mengatakan aplikasi penstriman RTMKlik milik Radio Televisyen Malaysia sudah boleh digunakan di negara ASEAN seperti Singapura, Indonesia dan Brunei.

Namun, RTMKlik masih lagi tidak boleh digunakan sekiranya pengguna berada di luar negara ASEAN kerana terdapat masalah ‘Geo-blocking’ dan hanya boleh diakses di rantau ASEAN sahaja.

Geo-blocking terjadi apabila penggunaan teknologi yang mengehadkan akses konten berdasarkan geografi seseorang pengguna mengikut negara.

Namun, Astro sebagai penyiar rasmi Liga Super musim 2023 masih lagi gagal untuk diakses di luar Malaysia menggunakan Aplikasi Astro GO walaupun pengguna hanya berada di sekitar Brunei atau Singapura.

Ini menyebabkan pengguna yang ingin mengakses kandungan Astro GO perlu mendaftar dan menggunakan Virtual Private Network (VPN) seperti Surfshark ketika berada di luar negara.

Namun untuk menggunakan VPN, pengguna seharusnya membayar lebih supaya lebih selamat dan pastinya ia membebankan pengguna yang ingin melihat perlawanan Liga Super di Astro GO.

Untuk makluman, penyiar rasmi Liga Super 2022 iaitu Unifi menggunakan aplikasi penstriman YouTube membolehkan pengguna melihat siaran langsung perlawanan bola sepak di mana-mana sahaja.

Walaupun RTMKlik hanya membolehkan pengguna melihat perlawanan bola sepak yang terpilih, namun ia sedikit sebanyak membolehkan peminat bola sepak Malaysia yang berada di luar negara dalam mengikuti perkembangan bola sepak tempatan.

Diharap pihak Astro boleh menggunakan pendekatan seperti yang dilakukan RTM supaya pengguna Malaysia yang berada di luar negara boleh mengakses kandungan dan perlawanan Liga Super dengan lebih mudah dan memastikan sokongan terhadap bola sepak tempatan sentiasa berkekalan.