Kabel lampu stadium dipotong, terdapat unsur sabotaj berlaku di Stadium Ipoh

748

Tindakan sabotaj hak milik pasukan merupakan tindakan tidak bermoral dan menyusahkan pihak yang terlibat ketika Liga Super akan berlangsung tidak lama lagi.

Perbuatan sabotaj merupakan perbuatan yang salah di sisi undang-undang malah boleh dihukum penjara kerana ianya dianggap sebagai jenayah.


Perak FC akan memulakan aksi pertama Liga Super musim 2023 menentang Kedah Darul Aman FC (KDA) pada 25 Februari di Stadium Ipoh, Perak.

Namun satu insiden telah didedahkan oleh sebuah page penyokong Perak yang mendakwa berlakunya kecurian kabel lampu di stadium disaat perlawanan pertama akan membuka tirainya pada minggu depan.

Ini menyebabkan ramai penyokong yang tidak berpuas hati dengan tindakan khianat oleh pihak tidak bertanggungjawab itu.

Susulan insiden kecurian itu, ramai penyokong yang melihat perkara yang berlaku itu satu tindakan sabotaj kerana ini merupakan kejadian yang pertama kali berlaku di Stadium Ipoh.

Insiden ini menyebabkan pasukan The Bos Gaurus mengalami kerugian berikutan perlu membaiki lampu limpah itu dengan segera sebelum saingan liga bermula.

Kini persoalan timbul, siapakah pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan khianat itu? Apa motif disebalik itu?

Adakah tindakan sabotaj ini dilakukan bagi mengganggu keharmonian dan mental pasukan?

Diharap pihak berkuasa dapat melakukan siasatan menyeluruh bagi mencari dalang tersebut dan mengenakan hukuman setimpal atas perbuatan khianat itu.

Semoga pasukan Perak tabah menghadapi ujian ini dan terus cekal supaya insiden seperti ini tidak akan menjejaskan prestasi mereka di atas padang nanti.

Untuk penyokong pula, pastikan anda turun ke stadium untuk memberi sokongan padu buat pasukan kesayangan.