Ramai persoalkan tindakan terpuji Qatar tidak mendapat liputan oleh media Barat

138

Negara Qatar merupakan negara yang sentiasa menarik perhatian pelancong dari luar negara untuk menikmati suasana ketika berada di Timur Tengah.

Malah, penganjuran Piala Dunia di Qatar merupakan kejohanan yang mendapat pujian oleh ramai pihak walaupun kurang mendapat perhatian media Barat.


Terdahulu, Qatar telah menghantar 10,000 rumah mudah alih yang digunakan untuk kejohanan Piala Dunia untuk disumbangkan dan dihantar ke Turki dan Syria sebagai tempat perlindungan sementara untuk mangsa gempa bumi sebagai salah satu usaha untuk meringankan beban mangsa.

Sumbangan tersebut mendapat perhatian orang Barat yang memuji tindakan Qatar yang telah menyumbang ke negara Turki dan Syria.

Malah terdapat pengguna di media sosial Twitter mengatakan perkara yang telah dilakukan oleh Qatar tidak mendapat perhatian media Barat kerana tidak sesuai dengan naratif mereka.

Kebaikan yang dilakukan oleh Qatar jarang mendapat liputan meluas oleh media Barat dan hanya sebahagian media seperti media sukan iaitu ESPN melaporkan tentang berita itu.

Walaupun kurang mendapat perhatian dari media Barat, itu tidak menghalang Qatar untuk melakukan kebaikan kepada negara lain dan sentiasa bersedia untuk memberi bantuan ketika diperlukan.

Media Barat lebih suka memburukkan negara Qatar dengan perkara yang dilarang oleh pihak Qatar seperti tidak boleh membawa masuk minuman arak ke dalam stadium dan juga isu LGBT pada kejohanan Piala Dunia tahun lalu.

Walaupun perkara tersebut mendapat respon negatif oleh media Barat, namun ianya perkara yang dipuji oleh pengunjung yang hadir ke Qatar dan banyak perkara ke arah kebaikan diterima dengan hati yang terbuka.

Golongan wanita lebih selamat dan bebas untuk berada di stadium atau berjalan kaki untuk melihat keindahan negara Qatar tanpa diganggu oleh lelaki mabuk dan sebagainya.

Ini menujukkan salah satu kebaikan yang dipamerkan oleh Qatar walaupun tindakan tersebut tidak dipersetujui oleh media Barat.

Walaupun tindakan media Barat yang suka menyembunyikan fakta sebenar dan lebih gemar memburukkan keadaan negara Qatar, namun negara itu tetap dengan pendirian mereka dan tidak melayan agenda media Barat.