Sukan Lain

Apecer?

Video & Soratan

“Olimpik sudah isytihar breakdance sebagai sukan rasmi. Harap KBS dapat iktiraf ini sebagai sukan!”

<\div>

Part 2: Temu bual eksklusif bersama Mohd Faridh Yassin atau dikenali dengan nama panggilan Khenobu dalam usaha mengumpul mata untuk melayakkan diri ke temasya sukan terbesar dunia iaitu Sukan Olimpik 2024 Paris.

Bagi memastikan mereka berjaya layak ke Olimpik, Khenobu memberitahu pada tahun ini mereka akan mengembara ke 10 negara untuk cuba mengutip mata sebanyak yang mungkin. Selain Olimpik, mereka juga akan turut menyertai temasya lain seperti Sukan SEA dan juga Sukan Asia.


Khenobu juga mendedahkan sepanjang kariernya mengembara ke luar negara, beliau terpaksa mengeluarkan wangnya sendiri kerana tidak mempunyai sebarang dana daripada pihak kerajaan mahu pun penaja walaupun mengharumkan nama negara di dunia. Khenobu berharap agar pihak Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (KBS) dapat memberi perhatian dan mengiktiraf breakdance sebagai sukan.


Tonton Seterusnya