Pasukan Malaysia perlu labur tingkatkan infrastruktur, kita patutnya saingi fasiliti pasukan Thailand – Kim Pan-gon

1,288

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menegaskan bahawa Malaysia harus melabur lebih lagi untuk meningkatkan tahap infrastruktur dan fasiliti demi pembangunan bola sepak negara terutamanya bakat muda.

Beliau mengkakui negara jiran, Thailand mempunyai infrastruktur yang lebih baik dan berkata Malaysia sepatutnya harus menyaingi perkara itu.


“Minggu lalu saya pergi ke Thailand dan saya rasa kita patut ada infrastruktur yang lebih baik daripada mereka.

Di luar negara mereka amat pentingkan mengenai perkara ini untuk mewujudkan suasana yang baik kepada pemain sejak mereka kecil,”

katanya.

Tambahnya, beliau bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai kepentingan infrastruktur yang baik.

Dalam pada itu, Pan-gon turut berkongsi mengenai pemain-pemain negara yang berada di Thailand selepas berjumpa mereka ketika lawatannya ke sana.

Menurutnya, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid yang dipinjamkan ke Ratchaburi FC kelihatan gembira di sana selepas kerap diturunkan.

“Dah lama tak nampak Safawi bermain 90 minit, beliau kelihatan gembira di sana dan prestasinya agak baik. Saya harap beliau akan terus menunjukkan peningkatan selepas ini.

Saya juga berjumpa Dion Cools, beliau juga kelihatan gembira dan pasukannya kini sedang mendahului saingan liga di sana.”

Dalam pada itu, Pan-gon mengakui beliau tidak sabar untuk menunggu sepak mula siangan Liga Malaysia musim 2023 dan menjangkakan ia akan menjadi lebih baik dan sengit .

Beliau berharap lebih ramai pemain kebangsaan akan mendapat minit yang banyak pada musim ini bersama kelab masing-masing.