Beri bantuan kepada pelajar 12 tahun masuk akademi JDT, Adam Adli cuba bantu pembangunan sukan dari peringkat bawah

1,307

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli baru-baru ini telah melawat seorang kanak-kanak yang kurang berkemampuan yang terpilih ke Akademi Johor Darul Ta’zim (JDT).

Kanak-kanak berusia 12 tahun bernama Nurazrieman itu tidak mampu untuk membeli keperluan bola sepak untuk masuk ke akademi itu kerana keluarganya hanya berniaga secara kecil-kecilan.


Adam Adli kemudiannya terus menghantar wakil untuk membeli keperluan sukan seperti jersi dan peralatan yang diperlukan sebelum pelajar itu pergi ke Iskandar Puteri.

Apa yang dilakukannya ini adalah satu perkara yang wajar dipuji, lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak dari golongan B40 yang pastinya satu perkara yang amat besar buatnya.

Sepanjang tugas beliau sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan, beliau sering kali melakukan lawatan bagi memastikan sukan dan belia di negara ini terus meningkat.

Beliau tidaklah selalu muncul pada acara-acara besar seperti ‘bos’nya, Hannah Yeoh, dan lebih gemar untuk bergerak secara ‘low profile‘.

Beliau nampaknya lebih suka untuk melakukan ‘kerja-kerja kecil’ tetapi impaknya mungkin besar bagi mereka yang terlibat.

Seperti yang dilakukan untuk Nurazrieman, mungkin di mata orang bantuan yang diberi tidaklah begitu besar nilainya tetapi bagi pelajar itu sendiri, ia mungkin mampu mengubah hidupnya.

Ini juga menunjukkan bahawa beliau bukan sahaja fokus untuk membangunkan sukan pada di peringkat yang besar sahaja, tetapi tetap mementingkan golongan-golongan bawahan.

Malah, beliau juga berharap akan dapat bertemu dengan Nurazrieman secara bersemuka agar kanak-kanak tersebut bersemangat untuk menjadi pemain bola sepak profesional suatu hari nanti.

Diharap Adam Adli sentiasa menjalankan tugas dengan Amanah serta mengambil berat dan membantu individu yang mempuyai masalah seperti Nurazrieman dalam melahirkan permata dan bintang dalam pembikinan untuk kejayaan sukan Malaysia suatu hari nanti.