Saya mahu menang satu trofi musim ini, takkan puas hati selagi tak jadi kesebelasan utama – Fadzrul Danel

496

Pemain tengah Kedah Darul Aman FC, Fadzrul Danel meletakkan sasaran buat dirinya untuk berada dalam kesebelasan utama pasukan pada musim ini.

Katanya, beliau juga mempunyai sasaran untuk memenangi sekurang-kurangnya satu trofi pada musim ini.


“Harapan saya musim ini adalah supaya pasukan dapat menjulang sekurang-kurangnya satu trofi.

Untuk diri sendiri pula, saya akan buat yang terbaik dan saya takkan berpuas hati sehinggalah saya menjadi kesebelasan utama.

katanya kepada Harimau Malaya.

Fadzrul menjaringkan gol tunggal pada perlawanan Liga Super menentang Terengganu FC sebentar tadi.

Beliau memuji sokongan padu yang ditunjukkan oleh penyokong Kedah pada musim ini terutama pada perlawanan tersebut.

“Sambutan penyokong pada tahun ini memang agak luar biasa, dah lama tak macam ini.

Mungkin orang baru tak tahu penyokong Kedah memang macam ini, kami memang agak teruja dengan jumlah penyokong yang ramai.”

Sementara itu, beliau bersyukur kerana dapat menjaringkan gol pada perlawanan itu selepas masuk sebagai pemain gantian.

Katanya, beliau memang sudah bersedia untuk dimasukkan dan mahu mengubah permainan sekiranya diberikan peluang bermain.