Saya yakin bola sepak wanita semakin berkembang di bawah Soleen Al Zou’bi – Ainsyah

200

Pemain wanita Kelana United FC, Ainsyah yakin dengan perkembangan yang ditunjukkan dalam arena bola sepak wanita negara selepas kedatangan ketua jurulatih baharu, Soleen Al-Zou’bi.

Menurutnya, beliau melihat pasukan kebangsaan semakin hari semakin menyerlah di bawah kendalian jurulatih Jordan itu.


“Saya yakin dengan bola sepak wanita ketika ini kerana jika dilihat makin lama makin menyerlah, pemain pun ramai muka baharu,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau berkata demikian selepas perlawanan suku akhir FAS Women Super League menentang FC Swat yang menyaksikan pasukannya menang 2-0.

Sementara itu, beliau kini mahu meningkatkan tahap permainannya dan mengakui masih lagi belajar.

“Saya bangga apabila orang mula perasan saya tetapi saya masih belajar dalam bola sepak.

Saya nak tingkatkan lagi dari segi assist, sepakan percuma, sepakan sudut dan larian.”

Dalam pada itu, beliau menyasarkan untuk menjadi juara kejohanan FAS Women Super League bersama Kelana United.