Bola ibarat ‘bayi’, kalau dah hilang kena cepat-cepat dapatkan balik – Kapten Malayan Tigress

132

Ketua pasukan kebangsaan wanita B-20, Nurfarisya Hanim memberitahu beliau dan rakan sepasukan akan memastikan mereka akan beraksi seperti yang diarahkan oleh ketua jurulatih Cameron Ng dalam setiap perlawanan.

Nurfarisya juga memberi bayangan bahawa skuad negara akan bermain dengan corak permainan berintensiti tinggi.


“Jurulatih cakap bola ni ibarat ‘bayi’ sebab kalau kami hilangkan, kami perlu cepat-cepat dapatkan semula bola itu,”

Harimau Malaya.

Tambahnya lagi, beliau juga bangga dengan komitmen yang ditampilkan oleh rakan sepasukan walaupun mereka hanya mempunyai tempoh dua minggu untuk menjalani latihan bersama.

Keserasian yang baik itu telah diperlihatkan apabila mereka berjaya tewaskan Mongolia 3-0 dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras baru-baru ini.

Dalam pada itu, bagi penolong kapten pula iaitu Amirah Rahman, beliau meluahkan rasa bangganya dengan prestasi pasukan ketika ini dan menyuarakan keyakinan mereka mampu mencipta kejayaan pada kelayakan Piala Asia Wanita B-20.

“Untuk sasaran peribadi saya, saya berasa bangga kerana kami berjaya sampai ke tahap ini jadi insyaAllah saya dan rakan sepasukan akan buat yang terbaik untuk negara.”

Beliau pada masa sama turut bersyukur dan berterima kasih kepada kapten pasukan skuad senior yang memberi kata-kata semangat kepada mereka.

“Kami ada berjumpa dengan kapten skuad senior dan mereka ada bagi kata-kata semangat untuk kami beraksi di kelayakan nanti.”

Skuad negara akan membuka tirai kempen kelayakan Kumpulan G pada 10 Mac ini menentang Kemboja pada 10 Mac sebelum menentang Myanmar pada 12 Mac.